Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Inisiatif

World Cleanup Day

Pengenalan

World Cleanup Day diasaskan oleh sebuah gerakan Let’s Do It! World yang mana memfokuskan kepada masalah sisa pepejal di seluruh dunia termasuk sisa marin.

Sambutan World Cleanup Day ini melibatkan aktiviti pembersihan kawasan secara serentak dengan sasaran penyertaan sebanyak 5% daripada jumlah populasi dunia yang bersamaan dengan 380 juta orang.

Sambutan World Cleanup Day pada peringkat dunia pada tahun 2019 telah dilaksanakan pada 21 September 2019 dan berjaya mengumpul 100,000 tan sisa melibatkan penyertaan 180 negara dengan 21 juta penyertaan.

Program World Cleanup Day pada tahun 2020 merupakan acara pertama kali diadakan oleh SWCorp sebagai menyahut cabaran di peringkat dunia dan akan dijadikan acara tahunan SWCorp.

Objektif

  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar;

  • Menggalakan penyertaan masyarakat, agensi kerajaan, Badan Bukan Berkanun dan swasta dalam penjagaan kebersihan persekitaran; dan

  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, mampan dan sejahtera.