Pengenalan
Waste to Art Competition telah dilaksanakan mulai tahun 2016 bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai potensi barangan terpakai dan kitar semula sebagai suatu komoditi terutamanya melalui medium seni.
Pertandingan ini seiring dengan objektif Dasar Kebersihan Negara iaitu mentransformasi ekonomi linear (linear economy) kepada ekonomi kitaran (circular economy) dengan sokongan daripada setiap pihak berkepentingan.
Selain itu, ia juga menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDGs)) ke-12, yang menggariskan pengurangan penjanaan sisa pepejal menjelang tahun 2030 melalui aktiviti kitar semula, sifar sisa, pengurusan sisa yang efektif demi pembangunan mampan dan kesejahteraan alam sekitar secara berterusan.
Objektif
Mewujudkan satu platform kepada penggiat seni khasnya dan masyarakat amnya bagi menghasilkan sebuah karya yang berasaskan barangan terbuang dan terpakai yang mempunyai nilai komersial dan estetika yang mampu mentransformasikan minda masyarakat kepada masyarakat minda kelas pertama.