1. Definisi Trash to cash

PENGENALAN

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah dan sedang giat menjalankan Kempen Trash to Cash di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672. Tujuan utama program ini adalah untuk menyemarakkan semula aktiviti kitar semula dalam kalangan masyarakat. Program yang dilaksanakan melalui kempen ini bukan sahaja dapat menyelamatkan sisa yang boleh dikitar semula ini daripada terus dibuang ke tapak pelupusan malah dapat memberi pulangan atau pendapatan sampingan kepada individu yang melaksanakannya.

Pelaksanaan kempen ini adalah selaras dengan Strategi 3.2 dalam Dasar Kebersihan Negara iaitu menjana pendapatan daripada sisa (waste to money). Kempen ini juga menyokong Sustainable Development Goals (SDGs) matlamat ke-12 iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab bagi memastikan corak penggunaan dan pengeluaran mampan.

 “Sampah ini adalah duit bagi saya kerana setiap sampah itu kalau kita pandai untuk kitar semula, ianya akan menjadi hasil pendapatan buat kita”

-YB Datuk Zuraida binti Kamaruddin, Menteri KPKT-

 

PELAKSANAAN 2020

Bermula 17 Ogos 2020, SWCorp telah mengatur tindakan dan kerjasama bersama wakil persatuan penduduk dan pihak pengurusan bangunan bagi melaksanakan program kutipan barangan kitar semula. Sepanjang tempoh pelaksanaan Kempen Trash to Cash, seramai 2,737 individu dan 181 komuniti telah terlibat. Lebih 120,000kg barangan kitar semula telah dikumpulkan dan dijual dengan nilai hampir RM45,000.00. Berdasarkan jumlah tersebut, purata satu kilogram barangan kitar semula adalah dianggarkan lebih kurang 30 sen.

1. Definisi Trash to cash
1. Definisi Trash to cash

PELAKSANAAN 2021

Impak yang positif daripada pelaksanaan pada tahun 2020, Kempen Trash to Cash diteruskan pelaksanaannya bagi tahun 2021. Tempoh pelaksanaan kempen adalah bermula 1 April sehingga 30 November 2021.

Terdapat empat pengisian utama bagi kempen ini iaitu:
(i) Promosi kesedaran dan pendidikan melalui media sosial;
(ii) Program Trash to Cash oleh SWCorp Negeri;
(iii) Insentif Penyertaan Trash to Cash 2021; dan
(iv) Tinjauan Keberkesanan dan Penerimaan Masyarakat.

Nota:
Pelaksanaan dan pengisian program Trash to Cash di lapangan sepanjang tahun 2021 ini bergantung kepada nasihat dan pandangan Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandangkan situasi semasa penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi di negara ini.

BAHAN PENDIDIKAN

 

Sekiranya anda merupakan pengusaha kutipan barangan kitar semula dan berminat untuk disenaraikan dalam direktori ini, anda dimohon untuk melengkapkan borang di pautan berikut:

Penaja

Hubungi Kami

Bahagian Pendidikan Masyarakat
Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor.

E-Mel : info.bpm@swcorp.my
Telefon : 03-8312 4000