Pengenalan
Kempen Trash to Cash telah dan sedang giat dilaksanakan di negeri-negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).
Tujuan kempen ini adalah untuk menyemarakkan semula aktiviti kitar semula dan menyelamatkan sisa yang boleh dikitar semula daripada terus dibuang ke tapak pelupusan di samping dapat memberi pulangan atau pendapatan tambahan kepada individu atau komuniti yang melaksanakannya.
Pelaksanaan kempen ini adalah selaras dengan Strategi 3.2 dalam Dasar Kebersihan Negara iaitu menjana pendapatan daripada sisa (waste to money).
Kempen ini juga menyokong Sustainable Development Goals (SDGs) matlamat ke-12 iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab bagi memastikan corak penggunaan dan pengeluaran mampan.
Pelaksanaan 2020
Bermula 17 Ogos 2020, SWCorp telah mengatur tindakan dan kerjasama bersama wakil persatuan penduduk dan pihak pengurusan bangunan bagi melaksanakan program kutipan barangan kitar semula. Sepanjang dua tahun pelaksanaan kempen ini sebanyak 319,207.47kg barangan kitar semula di kumpulkan yang bernilai RM123,329.05
Pelaksanaan 2021
Impak yang positif daripada pelaksanaan pada tahun 2020, Kempen Trash to Cash diteruskan pelaksanaannya bagi tahun 2021. Tempoh pelaksanaan kempen adalah bermula 1 April sehingga 30 November 2021.
Terdapat empat pengisian utama bagi kempen ini iaitu:
(i) Promosi kesedaran dan pendidikan melalui media sosial;
(ii) Program Trash to Cash oleh SWCorp Negeri;
(iii) Insentif Penyertaan Trash to Cash 2021; dan
(iv) Tinjauan Keberkesanan dan Penerimaan Masyarakat.
Nota:
Pelaksanaan dan pengisian program Trash to Cash di lapangan sepanjang tahun 2021 ini bergantung kepada nasihat dan pandangan Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandangkan situasi semasa penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi di negara ini..
Tahukah Anda
Senarai Pengusaha sedang dikemas kini. Sebarang persoalan lanjut sila hubungi kami.
Sekiranya anda berminat untuk berkolaborasi dalam melaksanakan Kempen Trash to Cash di kawasan anda, sila hubungi Pejabat SWCorp yang terdekat dengan lokasi anda.