TUAN SYAHRUL NIZAM BIN SALEH telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp pada 3 Mac 2025.
Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 3 Jun 2002 dan pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dan Jabatan Kerajaan Tempatan.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Utara Malaysia.
Sepanjang perkhidmatan beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian, Ahli Setia Negeri Sembilan dan Darjah Setia Negeri Sembilan.
Tuan Syahrul Nizam Bin Saleh
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)