Rawatan Sisa Organik Dengan Menggunakan Mesin Kompos
Konsep Treatment at Source (TAS) adalah salah satu konsep dan alternatif bagi melencongkan sisa pepejal daripada tapak pelupusan. Konsep TAS ini telah mula digunakan bagi menyokong usaha ke arah kitaran ekonomi. Antara teknologi sisa pepejal yang boleh digunakan sebagai TAS ini adalah mesin kompos. Penggunaan mesin kompos semakin banyak digunakan bagi mengurangkan sisa pepejal iaitu sisa organik daripada dihantar ke tapak pelupusan. Proses pengkomposan ini juga dapat menghasilkan produk akhir seperti baja kompos yang dapat digunakan bagi kerja-kerja landskap dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi kitaran.
Rawatan Sisa Organik Dengan Menggunakan Mesin Anaerobic Digester
Selain mesin kompos, teknologi Anaerobic Digester (AD) juga merupakan salah satu teknologi pengurusan sisa pepejal yang mengguna pakai konsep Treatment at Source (TAS) dan juga menyokong ke arah ekonomi kitaran. Di mana sisa yang boleh dirawat seperti sisa makanan dan sisa sayuran akan diproses bagi menghasilkan produk akhir seperti cecair baja kompos dan biogas.
Reverse Vending Machine
Reverse Vending Machine (RVM) yang merupakan mesin teknologi depositori sisa kitar semula berkonsepkan sistem Artificial Intelligence (AI) dan Internet of Things (IOT) yang bertujuan untuk memupuk kesedaran awam terhadap kepentingan amalan pembudayaan kitar semula. RVM merupakan salah satu medium yang memudahkan orang awam untuk melaksanakan aktiviti kitar semula di mana barangan yang boleh dikitar semula adalah seperti tin aluminium dan botol plastik (PET). Melalui penggunaan mesin tersebut, pendepositan barangan kitar semula akan menjadi lebih kreatif dan menarik minat generasi muda dan sekaligus meningkatkan amalan kitar semula bagi segenap lapisan serta meningkatkan inisiatif ekonomi kitaran berdaya maju.