UNIT DRON
Telah ditubuhkan pada 22 Mac 2022 di setiap Pejabat SWCorp Negeri yang menerima pakai Akta 672, terdiri seunit dron dan dua orang jurumudi.
Digunakan untuk memudahkan tugas-tugas penguatkuasaan Akta 672 dan peraturan di bawahnya seperti berikut:
KELEBIHAN
- Mudah dikendalikan kerana mempunyai sensor yang boleh mengelak halangan. Dengan itu, kawalan menjadi mudah dan amat sesuai untuk semua peringkat kemahiran pengendalian;
- Tempoh masa penerbangan dron ini dengan sekali cas adalah lebih kurang 34 minit. Tempoh penerbangan ini adalah bersesuaian untuk digunakan di dalam operasi risikan atau serbuan;
- Jarak penggunaan dron ini adalah dalam lingkungan 10 km radius. Jarak penggunaan ini memadai untuk memastikan keselamatan anggota penguat kuasa yang menjalankan operasi risikan dengan tidak berada hampir dengan lokasi kawasan dipantau. Sekiranya terdapat sebarang ancaman keselamatan, anggota bertugas masih berkesempatan untuk membatalkan operasi, berkemas dan keluar dari kawasan;
- Bersaiz kompak dengan berat sekitar 570 gram dan empat kipasnya boleh dilipat serta dimuatkan di dalam beg galas. Ini memudahkan dron ini dibawa kemana-mana lokasi tanpa memerlukan kenderaan lojistik yang besar; dan
- Mempunyai resolusi kamera yang baik iaitu 48MP untuk mengambil gambar foto dan 4K Ultra HD untuk mengambil gambar video. Resolusi yang baik ini menjadikan gambar untuk pembuktian kesalahan jelas.
