5 Julai 2020 – Menteri Besar Kedah menyeru masyarakat negeri Kedah untuk bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran dan membudayakan amalan kitar semula.

Selain itu, agensi kerajaan, swasta, GLC, NGO dan pihak lain hendaklah berganding bahu membantu SWCorp bagi merealisasikan Dasar Kebersihan Negara (DKN) di negeri Kedah. SWCorp dan syarikat konsesi Enviroment Idaman Sdn Bhd sebagai peneraju kebersihan di negeri Kedah diharap terus mengekalkan prestasi dan komitmen.

Perkara ini disampaikan sempena kunjung hormat Pengarah SWCorp Negeri Kedah, YBrs. Tuan Zaidi bin Tuah kepada YAB Menteri Besar Kedah yang baharu iaitu Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor pada 5 Julai 2020 jam 11.00 pagi bertempat di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.