Orang ramai boleh menghubungi SWCorp di talian 03-83124000 atau emelkan semua pertanyaan di customer@swcorp.my.
Tidak. Pejabat-pejabat SWCorp cuma terdapat di 7 negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis) yang menerima pakai Akta 672.
a) Alam Flora Sdn Bhd – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan Pahang
b) Southern Waste Management Sdn. Bhd (SWM) – Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
c) E-Idaman Sdn. Bhd. – Kedah dan Perlis
Satu sistem Pengurusan Sisa Pepejal (PSP) yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif, lestari dan diterima oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar, penggunaan teknologi terkini dan menjamin kesihatan awam.
- Mengesyorkan dan melaksanakan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (PSPA).
- Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan PSPA.
- Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang PSPA.
- Mengawal selia prestasi syarikat yang membekalkan perkhidmatan PSPA.
- Mengenal pasti teknologi yang mesra alam, selamat dan kos efektif serta menjalankan penyelidikan berhubung dengan pembangunan perkhidmatan PSPA.
- Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa di punca (SAS) secara sistematik di samping menekankan ciri-ciri pembangunan yang mampan meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial.
- Memproses permohonan baharu, pembaharuan dan pembatalan/penggantungan lesen pembekal perkhidmatan pengurusan sisa pepejal (PSP) sehingga pengesyoran kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).
Akta 672 telah memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah–wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Pelaksanaan Akta 672 dan peraturan–peraturan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan mencetuskan satu perubahan besar dalam modus operandi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia.
Selepas Akta 672 dikuatkuasakan, semua kerja–kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan dilaksanakan sepenuhnya oleh SWCorp. Perubahan ini melibatkan pengambilalihan dengan serta merta tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada semua PBT. Ini adalah kerana PBT tidak mempunyai kuasa dari segi undang–undang untuk mengendalikan kerja–kerja kutipan dan pelupusan sampah serta perkhidmatan pembersihan awam seperti membersihkan jalan, tempat awam, tandas awam dan longkang. SWCorp akan mengambil alih pengurusan dan operasi semua tapak pelupusan yang diuruskan oleh PBT termasuk mengenal pasti dan menilai tapak pelupusan sanitari, stesen pemindahan, teknologi insinerator dan pengurusan loji.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) adalah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Ia ditubuhkan melalui Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673). SWCorp ini merupakan organisasi yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir dan menguatkuasa Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Tidak. Sisa kumbahan tidak termasuk dalam kategori sisa pepejal.
Definisi Sisa Pepejal Mengikut Akta 672:
- Apa-apa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses;
- Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; dan
- Apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang bertulis lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk dilupuskan.
Definisi Perkhidmatan Pembersihan Awam Mengikut Akta 672:
a) Membersihkan jalan awam, tempat awam, tandas awam dan longkang awam.
b) Membersihkan:
i. Pusat penjaja kecuali medan makan yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian; dan
ii. Pasar kecuali pasar yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian.
c) Membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang dengan menyalahi undang-undang di atas jalan awam dan di tempat awam.
d) Membersihkan pantai.
e) Memotong rumput di tepi bebendul jalan awam.
f) Memotong rumput di tempat awam.
g) Mengalihkan bangkai.
* Tidak termasuk pelandskapan dan penyenggaraan jalan awam dan tempat awam.
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan pada setiap tahun ialah pada 11 November.
Untuk maklumat lanjut mengenai program yang dilaksanakan pada sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan, layari HKSK di pautan https://www.swcorp.gov.my/hksk/ atau sentiasa dapatkan informasi terkini mengenai program di laman media sosial rasmi SWCorp.
World Cleanup Day diasaskan oleh sebuah gerakan Let’s Do It! World yang mana memfokuskan kepada masalah sisa pepejal di seluruh dunia termasuk sisa marin. Sambutan World Cleanup Day ini melibatkan aktiviti pembersihan kawasan secara serentak dengan sasaran penyertaan sebanyak 5% daripada jumlah populasi dunia yang bersamaan dengan 380 juta orang. Untuk maklumat lanjut mengenai Sambutan World Cleanup Day peringkat SWCorp, layari World Cleanup day di pautan https://www.swcorp.gov.my/wcd/ atau laman web sukarelawan Hero Kebersihan di pautan sukarelawan@swcorp.my serta dapatkan informasi terkini mengenai program di laman media sosial rasmi SWCorp.
Untuk maklumat lanjut mengenai WCD, layari laman web Sukarelawan Hero Kebersihan di pautan https://swcorp.gov.my/hero-kebersihan/ atau sentiasa dapatkan informasi terkini mengenai program di laman media sosial rasmi SWCorp.