Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Pengurusan Sisa

Sisa Pepejal Awam

“Sisa pepejal awam” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam, yang di bawah penyeliaan atau kawalan manamana pihak berkuasa tempatan

Sisa Baki
Ertinya apa-apa sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang tidak digunakan semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan di dalam bekas

Sisa Pukal
Ertinya sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang terlebih besar yang tidak boleh diletakkan di dalam bekas, dan termasuk perkakasan, perabot, batang pokok, dahan dan tunggul

Sisa Taman
Ertinya pokok, daun, tumbuhan menjalar, rumput atau akar yang melekat dengan tanah dan apa-apa sisa yang serupa lain dari taman atau kawasan mana-mana premis

Sisa Yang Boleh Dikitar Semula
Ertinya  apa-apa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang diasingkan untuk dikitar semula, dan termasuk kertas, kadbod, kaca, plastic, logam dan sisa makanan