Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Pengurusan Sisa

Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian

Sisa Pepejal Baki
Apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian yang tidak diguna semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan di dalam bekas

Sisa Pepejal Pukal
Apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian yang bersaiz besar yang tidak boleh diletakkan di dalam bekas, dan termasuklah perkakasan, perabot, batang pokok, dahan dan tunggul

Sisa Pepejal Taman
Ertinya pokok, daun, tumbuhan menjalar, rumput atau akar yang melekat dengan tanih dari taman atau halaman mana-mana premis komersial, perindustrian dan keinstitusian atau apa-apa sisa pepejal lain yang serupa dari taman atau halaman mana-mana premis komersial, perindustrian dan keinstitusian

Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian Dan Keinstitusian Yang Boleh Dikitar Semula
Apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian yang diasingkan untuk dikitar semula