Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Pengurusan Sisa

Sisa Pepejal Isi Rumah Dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah

Sisa Pepejal Isi Rumah
“Sisa pepejal isi rumah” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman;

Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah
“Sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah” ertinya

(a) Apa-apa bahagian daripada sisa pepejal komersial yang dihasilkan di dalam mana-mana kawasan perkhidmatan; atau
(b) apa-apa bahagian daripada sisa pepejal keinstitusian yang dihasilkan di dalam mana-mana kawasan perkhidmatan; dan
(c) yang serupa dengan sifat dan amaun sisa pepejal isi rumah.

Jenis sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah adalah seperti yang berikut:

(a) Sisa baki;
(b) sisa yang boleh dikitar semula;
(c) sisa pukal;
(d) sisa taman;

Sisa Baki
Ertinya sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang tidak diguna semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan di dalam bekas;

Sisa Yang Boleh Dikitar Semula
Ertinya apa-apa sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang diasingkan untuk dikitar semula, dan termasuk kertas, kadbod, kaca, plastik, logam dan sisa makanan;

Sisa Pukal
Ertinya sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang terlebih besar yang tidak boleh diletakkan di dalam suatu bekas, dan termasuk perkakasan, perabot, batang pokok, dahan dan tunggul; dan

Sisa Taman
Ertinya pokok, daun, tumbuhan menjalar, rumput atau akar yang melekat dengan tanah dan apa-apa sisa yang serupa lain dari taman atau kawasan mana-mana premis.