Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ialah sebuah agensi penguatkuasaan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Jun 2008 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
SWCorp merupakan agensi yang berperanan dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Selain itu, SWCorp juga berperanan dalam memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih cekap, bersepadu disamping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada masyarakat dan negara.
SWCorp beroperasi di 7 negeri iaitu di Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor dan mempunyai 45 Cawangan di 53 PBT.
Penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Penguatkuasa SWCorp adalah berlandaskan kepada Akta 672 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.