Pusat Kawalan C4i (Command, Control, Communication, Computer and Intelligence) telah dibangunkan bagi menggabungkan aktiviti pemantauan kebersihan secara menyeluruh dengan menggunakan teknologi pemantauan terkini di samping self-regulate terhadap kerja-kerja kawal selia konsesi di lapangan. Tujuan pembangunan Pusat Kawalan C4i adalah seperti berikut:
1- Meletakkan ketiga-tiga syarikat konsesi di bawah satu bumbung yang mana ia akan dikawal selia oleh swcorp;
2- Melaksanakan pemantauan dengan menggunakan aplikasi dan peralatan yang terkini;
3- Pelbagai fungsi dapat digabungkan di dalam satu dashboard / command center;
4- Kerja-kerja pemantauan dapat dibuat melalui aplikasi yang telah dibangunkan iaitu:
i. Sistem Pemantauan Kawal Selia Konsesi (SPKK)
Pemantauan terhadap syarikat konsesi secara Notice To Correct (NTC) secara atas talian dan boleh dipantau di Pusat Kawalan melalui penerimaan data NTC.
ii. Automated Vehicle Locating System (AVLS)
Pemantauan aktiviti serta pergerakan lori bagi kutipan domestik, pukal dan sebagainya melalui teknologi Global Positioning System (GPS) yang dipasang pada kenderaan syarikat konsesi.
iii. Laporan Siap Kerja (LSK)
Memantau kerja-kerja yang dilaksanakan di lapangan berdasarkan jadual dan inventori yang telah dimuktamadkan. Semakan dibuat secara maya terhadap pematuhan jadual konsesi serta dibantu dengan pengauditan di lapangan.
5- Menjadikan pemantauan lebih berkesan dan masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat serta tepat. Di samping itu, laporan dan statistik melalui semakan C4i dapat dibuat dalam menentukan kawasan yang memerlukan pemantauan secara fokus.
6- Tenaga kerja anggota penguatkuasa dalam aktiviti kawal selia di lapangan dapat dikurangkan dan memberi fokus kepada strategi utama iaitu SWCorp ke arah penguatkuasaan akta serta peraturan-peraturan di bawahnya.