PRA SEKOLAH (3R@KIDS)
Program 3R dilaksanakan di peringkat tadika bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada kanak-kanak melalui amalan kitar semula.
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH (3R@EDU)
Program 3R dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kepentingan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah melalui pendidikan secara teori dan praktikal.
KOMUNITI (3R@COM)
Program 3R dilaksanakan bagi mengumpul barangan kitar semula di peringkat komuniti dan taman perumahan dengan menyediakan akses kepada komuniti untuk melaksanakan budaya kebersihan dan amalan 3R dalam kehidupan seharian.
PEJABAT KERAJAAN (3R@GOV)
Program 3R dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan pembudayaan amalan kitar semula dalam kalangan penjawat awam.
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (3R@IPT)
Program 3R dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta bagi meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang kepentingan amalan 3R dan menggalakkan budaya kelestarian kampus.
INDUSTRI DAN KOMERSIAL (3R@IND)
Program 3R dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta penglibatan pihak industri terhadap amalan 3R dalam setiap aspek operasi yang dijalankan.