1. Memastikan syarikat konsesi melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di     negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 mengikut ketetapan berikut:
    1. Sisa domestik dipungut sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan sisa pukal/taman/kitar semula dikutip 1 kali seminggu;
    2. Rumput dipotong 2 kali sebulan;
    3. Longkang awam dibersihkan 1 kali sebulan kecuali longkang tanah; dan
    4. Jalan protokol, jejantas, jejambat dan terowong dibersihkan setiap hari, jalan utama dan komersial 6 kali seminggu dan jalan industri 1 kali sebulan.
  2. Meningkatkan kadar kitar semula 30% pada tahun 2020 untuk sisa pepejal isi rumah melalui program kesedaran awam, penggunaan teknologi dan inovasi.
  3. Mengesyorkan permohonan lesen pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ke Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) selewat-lewatnya 14 hari bekerja selepas dokumen yang lengkap diterima daripada pemohon.
  4. Memastikan akuan penerimaan aduan diberikan dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja.
  5. Bayaran kepada pembekal dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima di Bahagian Kewangan.