2019

SWCorp Terima Anugerah dari Arab Saudi
Tarikh : 2 oktober 2019
Tempat : Saudi Arabia

SWCorp sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila memenangi Tempat Kedua Anugerah Kingdom of Saudi Arabia For Environmental Management in The Islamic World di bawah kategori “Best Public Sector Project” bagi tajuk projek “Separation at Source Initiative Towards a Global Waste Management in Malaysia” dengan hadiah bernilai USD20,000.

Anugerah yang disampaikan pada 2 Oktober 2019 di 8th Islamic Conference of Environment Ministers, ISESCO Headquarters, Rabat itu diterima oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal), Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha yang mewakili SWCorp.

Pasukan yang terlibat dalam projek ini adalah pegawai-pegawai dari SWCorp Hetty Helena Mohd Yussof, Dr. Tengku Noor Arbaee Tengku Azhar, Mohamad Fadzil Abd Rahim termasuk Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha.

Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) menawarkan anugerah Kingdom of Saudi Arabia For Environmental Management In The Islamic World bagi tahun 2018 – 2019 di bawah seliaan General Authority of Meteorology and Environmental Protection of the Kingdom of Saudi Arabia bertujuan menyatukan konsep pengurusan alam sekitar dalam dunia Islam.

Ia juga bagi menggalakkan minat dalam konsep pembangunan mampan dan amalan-amalan yang berjaya dalam bidang pengurusan alam sekitar dalam kalangan negara-negara anggota untuk manfaat bersama.

Berdasarkan keputusan semasa perbincangan pada 22 Januari 2019 yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) telah memutuskan SWCorp menyertai anugerah ini di bawah kategori “Best Practice Projects or Activities In The Public Sector”.

Penyertaan telah dihantar pada 28 Februari 2019. Antara intipati artikel tersebut adalah berkaitan inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan menerusi SWCorp berkaitan program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, program-program kesedaran yang telah dijalankan untuk meningkatkan tahap kesedaran awam berkenaan pengasingan sisa pepejal, data-data Bank Kitar Semula serta hala tuju pengasingan sisa pepejal di Malaysia.

Antara lain artikel turut memfokuskan kepada transformasi pengurusan sisa pepejal bersepadu di Malaysia.

 

SWCorp Raih Kemenangan Sempena Sambutan Hari Inovasi KPKT 2019
Tarikh : 11 September 2019
Tempat : KPKT, Putrajaya

SWCorp meraih kemenangan besar apabila memenangi empat kategori yang dipertandingkan sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2019 KPKT.

Pada sesi persembahan yang berlangsung pada 10 dan 11 September 2019 diikuti dengan pameran di KPKT, SWCorp mempertaruhkan empat kumpulan iaitu kumpulan Eazy Flexi (SWCorp Johor); SWIT200 (SWCorp Pahang); Smart IQ (SWCorp Kedah dan Environment Idaman Sdn. Bhd.); dan One Smart Crew (SWCorp Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Nilai).

Oleh kerana Konvensyen KIK KPKT ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Primer dan Hibrid, SWCorp telah menghantar dua kumpulan kategori Primer dan dua lagi bagi kategori Hibrid.

Selain daripada penyertaan Konvenyen KIK, SWCorp juga telah memenangi Tempat Kedua Pejabat Terbaik dan Johan Pertandingan Video Inovasi.Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 12 September lalu di Dewan Kristal KPKT dan disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin.

Untuk Pertandingan Pejabat Terbaik KPKT 2019, SWCorp telah memenangi Naib Johan dan menerima hadiah berupa wang tunai RM750 serta sijil penghargaan. Johan pertandingan ini adalah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

SWCorp turut menjadi Johan Pertandingan Video Inovasi KPKT 2019 dengan penyertaan SWCorp Negeri Sembilan yang mempertaruhkan video bertajuk Malaysiaku Bersih. Untuk kategori ini menerima wang tunai RM300 dan sijil penghargaan.

SWCorp Pahang turut diumumkan Naib Johan KIK Kategori Primer dengan pasukan SWCorp Inteligent Team (SWIT), menerusi projeknya iaitu “Pembuangan Sisa Minyak Masak Terpakai dan Lebihan Air Minuman Secara Tidak Terkawal Ke Dalam Longkang”. Hadiah diterima berupa wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan.

Selain itu, SWCorp Johor memenangi Persembahan Terbaik KIK Kategori Primer dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Easy Flexi menerusi projeknya iaitu “Memudahkan Pengendalian Set Pameran”. Untuk anugerah ini SWCorp Johor diberikan sijil penghargaan.Bagi kategori Persembahan Terbaik KIK Kategori Hibrid, SWCorp Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Nilai menamakan kumpulan mereka One Smart Crew dengan projeknya “Memudahkan Kaedah Pengasingan Barang Kitar Semula Di Kediaman Bertanah”. Mereka diberikan sijil penghargaan.

Untuk Anugerah Khas KIK, diberikan kepada SWCorp Kedah dan Environment Idaman Sdn. Bhd. atas nama kumpulan, Smart IQ dengan projek Easy Drain Opener (EZ-DO) – “Memudahkan Pemantau Kebersihan Longkang Tertutup”. Mereka menerima hadiah wang tunai RM700 serta sijil penghargaan.

 

2018

Pengiktirafan Di Dalam The Malaysia Book Of Records
Tarikh : 11 November 2018
Tempat : Koma Laut, Kuala Perlis

SWCorp Negeri Perlis telah menganjurkan acara Plogging Race yang telah disempurnakan oleh Tuanku Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan peringkat Negeri Perlis.

Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Tarikh : 13 November 2018

SWCorp telah menerima pengiktrafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang mana ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada SWCorp dalam melaksanakan EKSA. EKSA adalah istilah baharu bagi 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) yang telah disuntik dengan elemen pembaharuan dan penambahbaikan mengikut kehendak semasa.

2017

Pertandingan Debat Piala Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bersempena Hari Integriti Peringkat KPKT

Tarikh             : 22 November 2017
Tempat           : Bilik Teratai, KPKT
Pencapaian  : Johan

Pasukan SWCorp yang berperanan sebagai kerajaan membawa usul  Percaya Undang-Undang Tegas Menjamin Integriti Penjawat Awam telah berjaya mempengaruhi pihak hakim dan sekaligus Berjaya menumpaskan lawan daripada pasukan Pejabat KSU.

ANUGERAH PEMATUHAN SAGA

Tarikh             : 22 November 2017
Tempat           : The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang

SWCorp telah mendapat Sijil Pematuhan Standard Accounting for Government Agencies (SAGA) yang mana ia merupakan suatu pengliktirafan kepada agensi ke atas kemantapan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan SWCorp.

2016

International Conference On Quality Control Circle (ICQCC)
Tarikh : 23 – 26 Ogos 2016
Tempat : The Centara Grand, Central Plaza Ladprao, Bangkok Hotel, Thailand
Pencapaian : Anugerah Emas

Mempertandingkan projek yang bertajuk MyAttendance yang mana ia telah dibangunkan secara in-house oleh warga kerja SWCorp tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos.

 

International Quality and Productivity Convention (IQPC)

Tarikh             : 7-10 November 2016
Tempat           : Sanur paradise Plaza Hotel, Bali Indonesia
Pencapaian  : Anugerah Platinium

Pasukan P.R.O yang terdiri daripada warga kerja SWCorp Negeri Johor mempertaruhkan projek SKUAD I.D yang mana ia merupakan sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan di kalangan masyarakat Johor bagi menumpaskan masalah sampah haram.