Saban tahun, SWCorp sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti inovasi sama ada di peringkat dalaman mahupun luaran. Ia dibuat bagi menyahut seruan Kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat melalui penghasilan inovasi. Sepanjang tahun 2020, SWCorp telah menyertai pelbagai pertandingan inovasi di peringkat Kementerian mahupun anjuran agensi swasta.
Beberapa anugerah telah diterima di peringkat Kebangsaan iaitu:
● 3 Anugerah Gangsa di Malaysia Technology Expo 2020 – Public Sector Innovation Awards 2020 menerusi Projek EZ-DO, SWIT Triple 200 dan Inisiatif Komuniti Sifar Sisa (ZeComm);
● GeoInnovation Award 2020 melalui penyertaan projek Waste Executive Geographical Information System (WEGIS); dan
● 2 anugerah diterima di Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2020 menerusi projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif iaitu Anugerah 5 Bintang bagi projek EZ-DO dan Anugerah 4 Bintang bagi projek Easy Flexi Kiosk.