Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Pengenalan

Jawatankuasa Inovasi SWCorp ditubuhkan selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 30 Ogos 2016, sebagai platform strategik untuk memperkasa budaya inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam. Penubuhan jawatankuasa ini mencerminkan komitmen SWCorp dalam menambah baik sistem dan proses kerja melalui pendekatan kreatif, kolaboratif, dan berteraskan kualiti.

Jawatankuasa ini berperanan dalam merancang, menyelaras, serta memantau pelaksanaan inisiatif inovatif dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) termasuk penilaian projek, kelulusan peruntukan, penganjuran Konvensyen dan pelaksanaan Hari Inovasi peringkat SWCorp.

Seiring dengan itu, ia turut memberi penekanan terhadap latihan dan kompetensi, pemikiran kreatif serta perkongsian amalan terbaik dalam usaha merealisasikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berimpak tinggi dan berteraskan kepada pendekatan pendigitalan dan teknologi mampan. Inisiatif-inisiatif ini turut merangkumi elemen ekonomi perkongsian (sharing economy), ekonomi warga emas (silver economy), serta ekonomi biru global (global blue economy) selaras dengan aspirasi SWCorp 2.0.

Melalui mesyuarat yang diadakan secara berkala, Jawatankuasa Inovasi berfungsi sebagai nadi penggerak transformasi dalaman SWCorp dalam mendukung aspirasi negara ke arah perkhidmatan awam yang progresif dan inovatif.

 

Inovasi Vs Kreativiti