Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Penguatkuasaan bagi premis bertanah telah bermula sejak 1 Jun 2016, manakala penguatkuasaan bagi premis bertingkat telah bermula pada 1 Mei 2021. 

Pelaksanaan penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca adalah untuk menyemai budaya mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori di kalangan masyarakat.

Tindakan penguatkuasaan ini adalah langkah terakhir dan hanya akan diambil sekiranya masyarakat masih ingkar untuk melakukan pengasingan sisa pepejal.

Bagi premis bertanah, sejak 2016 sebanyak 17,543 Operasi yang melibatkan 1,1414,045 premis dan 25,976 taman.

Selain itu, sebanyak 715 Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan dan Jumlah Kompaun yang telah dikenakan kepada pemilik premis yang melakukan kesalahan adalah RM18,300.00. 

Manakala, sejak Mei 2021 sebanyak 485 operasi yang melibatkan 692 Pengurusan Harta Bersama (JMB) dan 195,242 premis bagi premis bertingkat. Sehingga kini, tiada Notis Pemberitahuan Kesalahan dan kompaun yang dikeluarkan.

Kediaman bertanah:

a. Kesalahan pertama : RM50.00
b. Kesalahan kedua : RM100.00
c. Kesalahan ketiga dan seterusnya : RM500.00

Kediaman bertingkat:

d. Kesalahan pertama : RM100.00
e. Kesalahan kedua : RM200.00
f. Kesalahan ketiga dan seterusnya : RM500.00

Sekiranya kompaun gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, maka pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen untuk disabitkan kesalahan dan jika didapati bersalah boleh didenda sebanyak RM1,000.00 (maksimum).