Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Inisiatif

Pejabat Sifar Sisa (PESIS)

Pengenalan

Pejabat Sifar Sisa (PESIS) merupakan inisiatif yang dirancang oleh SWCorp untuk memastikan pengurusan sisa pepejal di Ibu Pejabat SWCorp diuruskan secara baik dan efisien serta ke arah sifar sisa.

Warga Kerja Pejabat

  1. Gunakan e-mel untuk memo/ surat
  2. Mencetak jika perlu sahaja
  3. Mencetak kedua-dua belah muka surat
  4. Menggunakan kertas terpakai untuk draf dan sebagainya
  5. Sisa makanan (bekal) hendaklah dilupuskan di bekas yang tersedia di kafeteria
  6. Plastik sekali guna tidak dibenarkan untuk makanan yang dibawa ke pejabat
  7. Bilas pembungkus makanan sebelum diasingkan

Ruang Kerja

  1. Mengemas ruang kerja
  2. Menyediakan ruang berpusat untuk tong sisa baki, tong kitar semula & bekas sisa makanan di setiap bahagian (tiada tong individu)
  3. Menghantar sisa makanan ke pusat pengumpulan sisa makanan berpusat di kafeteria untuk tujuan pengkomposan makanan

Bilik Fotostat

  1. Menyediakan dua (2) kotak khas :
    • Rough paper (masih boleh digunakan). Untuk kegunaan cetakan deraf
    • Kotak kitar semula untuk kertas yang boleh dikitar semula
  2. Menyediakan panduan penggunaan bilik fotostat
  3. Menganalisis kadar penggunaan tonner dan kertas

Kafeteria

Pelanggan

  1. Bawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan
  2. Menggunakan bekas mesra alam
  3. Straw, sudu & garpu plastik tidak dibenarkan
  4. Ambil makanan sekadar boleh habis
  5. Mengasingkan sisa makanan untuk tujuan pengkomposan

Pengusaha  

  1. Merancang kuantiti masakan
  2. Menyediakan bekas mesra alam
  3. Menyediakan bekas dan ruang untuk pengasingan sisa makanan
  4. Lebihan bahan mentah diasingkan untuk pengkomposan
  5. Merekodkan kuantiti sisa makanan dan sisa kitar semula setiap bulan

Mesyuarat Dan Program

  1. Menggunakan peralatan hidangan yang mesra alam
  2. Memastikan pembekal makanan mematuhi keperluan penggunaan bekas makanan mesra alam
  3. Makanan disediakan mengikut keperluan sebenar jumlah kehadiran elak pembaziran
  4. Kurangkan penggunaan bahan bercetak
  5. Bersihkan bilas pembungkus makanan sebelum diasingkan
  6. Menghantar sisa makanan ke tong sisa makanan di kafeteria untuk tujuan pengkomposan

Taska

Ibu Bapa

Menyediakan bekal makanan menggunakan bekas guna semula atau mesra alam

Pengusaha

  1. Sisa makanan diasingkan dihantar ke kafeteria untuk pengkomposan
  2. Hidangan makanan dan minuman menggunakan bekas guna semula atau mesra alam
  3. Asingkan sisa kitar semula
  4. Merekodkan kuantiti sisa makanan dan sisa kitar semula dan mengemukakan laporan bulanan