- Memastikan proses perundangan di SWCorp dilaksanakan dengan adil, teratur serta berkesan.
- Meningkatkan kesedaran awam ke arah perubahan sikap dalam kalangan sektor awam dan industri agar dapat mencapai kadar kitar semula yang boleh dibanggakan.
- Memastikan penggunaan teknologi dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (PSPA) yang terkini dan mesra alam.
- Memastikan semua operator memiliki lesen yang sah mengikut kriteria perundangan bagi tujuan PSPA.
- Mewujudkan sistem PSPA yang teratur dan berkesan bagi meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dan sihat.