Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Visi
Memacu inovasi berimpak tinggi bagi mempertingkat kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara mampan ke arah kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.
Misi
- Membangun dan mengaplikasikan penyelesaian inovatif dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi meningkatkan kecekapan operasi;
- Mengintegrasikan teknologi pintar dan pendigitalan dalam sistem penyampaian perkhidmatan untuk menambah baik kualiti, ketelusan dan responsif organisasi;
- Menyuburkan budaya inovasi dalaman melalui program latihan tersasar dan penglibatan aktif warga kerja, sekali gus melahirkan idea berimpak tinggi;
- Mewujudkan ekosistem kolaboratif bersama komuniti, industri dan agensi rakan kongsi bagi memperkasa inovasi termasuk melalui perolehan geran serta dana strategik sektor awam dan swasta;
- Memacu pengkomersialan projek berpotensi tinggi supaya mampu bersaing di pasaran domestik dan global serta menjana aliran pendapatan baharu yang boleh dilaburkan semula bagi menambah baik perkhidmatan awam;
- Menggalakkan penyertaan aktif Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk mempamerkan solusi SWCorp, memperoleh pengiktirafan serta menanda aras amalan terbaik; dan
- Memastikan setiap inisiatif inovasi menyumbang secara langsung kepada kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan Dasar Kebersihan Negara.