6 Julai 2020 – Majlis Perasmian Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK) oleh Menteri KPKT, YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin telah diadakan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, Tebrau Johor.

PSMK merupakan satu inisiatif KPKT melalui Dasar Komuniti Negara yang bertindak sebagai pemangkin dan pemantau kepada komuniti setempat. PSMK turut berperanan sebagai pemudah cara dan penjalin hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan, swasta serta NGO dalam usaha membantu menyelesaikan isu penduduk.

Pada majlis ini, YB Puan Hajah Zuraida turut mengadakan lawatan ke Pusat ZeComm yang merupakan Program Komuniti Sifar Sisa yang dikelolakan oleh SWCorp. Program ini menggalakkan penduduk PPR untuk mengasingkan Sisa Makanan dan Sisa Kitar Semula lalu dihantar ke Pusat ZeComm yang disediakan. Setiap penghantaran sisa akan mendapat ganjaran berbentuk barangan dapur dan isi rumah.