23 Mac 2021 – Pada hari ini SWCorp telah memeterai memorandum persefahaman dengan Penggerak Komuniti Negara dengan disaksikan oleh YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Objektifnya adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang bersih, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Memorandum persefahaman ini telah ditandatangani oleh Tuan Haji Ismail Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp dan Tuan Nor Hizwan Ahmad, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Pusat yang mewakili organisasi masing-masing.

Majlis ini turun disertai oleh YB Dato’ Sri Hj. Ismail bin Hj. Abd Muttalib, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan YB Dr. Daroyah binti Alwi, Pengerusi SWCorp.

Sasaran kerjasama ini adalah mewujudkan sebuah negara yang bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan dan 3R. selain itu, ia dapat menjana pendapatan sampingan kepada komuniti dan menggalakkan penyertaan komuniti setempat dan juga NGO sebagai agen kebersihan.