11 Ogos 2020 – YBhg. Dato’ Dr Mohd Hayati bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada SWCorp Kedah di atas perkhidmatan yang cemerlang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Kedah.

Beliau juga meminta SWCorp Kedah mempertingkatkan lagi usaha mendidik masyarakat untuk membudayakan amalan kitar semula dan bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran.
Perkara ini disampaikan semasa Lawatan Kerja Exco Kerajaan Negeri Kedah ke Pejabat SWCorp Negeri Kedah pada 11 Ogos 2020 jam 10.00 pagi. Turut hadir bersama Encik Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan.

YBrs. Tuan Zaidi bin Tuah, Pengarah SWCorp Negeri Kedah telah menyampaikan taklimat korporat dan berkongsi kejayaan SWCorp Kedah. Beliau berharap kerjasama erat antara SWCorp dan Kerajaan Negeri Kedah dapat ditingkatkan lagi dalam merealisasikan Kedah sebuah negeri yang indah, bersih dan sejahtera selaras dengan Dasar Kebersihan Negara.