Pengenalan
Selaras dengan penguatkuasaan ‘Separation at Source (SAS)’, SWCorp telah melaksanakan satu inisiatif di kawasan perumahan terpilih yang dinamakan sebagai program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS). Program ini dirangka bagi memudahkan dan membantu komuniti PPR untuk menjalankan rawatan sisa makanan serta menukarkan barangan kitar semula kepada tunai.
Selain itu, program KOSIS juga dapat meningkatkan penglibatan masyarakat setempat pada aktiviti kesedaran kebersihan persekitaran serta pengamalan budaya kitar semula dalam kehidupan. Malah, program KOSIS juga telah mendokong usaha Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 melalui amalan pengumpulan dan penjualan barangan kitar semula.
KPKT juga telah mengangkat program KOSIS sebagai program rasmi Dasar Komuniti Negara (DKom) selaras dengan keperluan dan kehendak komuniti serta Kerajaan. Bermula dari tahun 2020, sebanyak 17 buah pusat KOSIS telah beroperasi selari dengan pembukaan pejabat Seketariat Muafakat Komuniti (SMK) di bawah seliaan Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT yang menjalankan Dasar Komuniti Negara.
Pelaksanaan Dasar Komuniti Negara memberi fokus kepada lapan bidang utama atau kluster. Lapan kluster ini adalah kumpulan faktor-faktor utama dalam mengubah minda serta sikap komuniti di sesebuah lokaliti perumahan khususnya perumahan berstrata. Pengoperasian program KOSIS pula ditempatkan pada bidang utama atau kluster ke-2 iaitu kebersihan, alam sekitar dan kesihatan.
Program KOSIS turut dilibatkan dalam memperkukuhkan promosi kesihatan dan memperkasa cara hidup sihat menerusi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dibawah Teras 4 : Memantapkan Kebersihan Persekitaran yang diselaraskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pembudayaan kebersihan persekitaran terutamanya kepada komuniti PPR ditekankan sepanjang masa melalui pelbagai aktiviti yang telah dirangka di pusat KOSIS.
Selain itu juga, program KOSIS telah mendapat sokongan daripada Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) melalui peruntukan projek Rolling Plan Kedua (RP2) dan Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang mengetengahkan asas-asas strategik berdasarkan inisiatif kemakmuran bersama merangkumi tiga dimensi, yakni pembangunan semula ekonomi, penerapan sistem sosial yang inklusif dan penekanan terhadap pembangunan mapan. Pusat-pusat KOSIS sedia ada telah ditambahbaik bagi memastikan pelaksanaan program KOSIS dapat memenuhi kehendak komuniti.
Pelaksanaan program KOSIS telah menjadikan kawasan rumah lebih bersih dan secara tidak langsung, sisa pepejal dapat dikurangkan daripada dihantar ke tapak pelupusan. Penduduk memaklumkan program pengasingan sisa pepejal dapat mengurangkan bau busuk yang diakibatkan sisa makanan. Sisa kurang dibuang ke tong sampah apabila penduduk faham ia lebih bernilai jika dihantar ke pusat KOSIS. Program ini telah mendidik masyarakat untuk merawat sisa di sumber bagi mengurangkan janaan sisa pepejal di tapak pelupusan serta mewujudkan perasaan sayang pada sisa pepejal kerana dapat membantu menjana pendapatan.
Objektif
- Program KOSIS adalah untuk mendidik komuniti mengasingkan sisa pepejal, membantu meningkatkan ekonomi keluarga B40, membudayakan amalan menghargai sisa sebagai sumber dan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.
- Program KOSIS juga merupakan salah satu strategi bagi meningkatkan pembudayaan kebersihan (Strategi 1.1, Kluster 1 – Kesedaran Mengenai Kebersihan pada Dasar Kebersihan Negara 2020-2030).
Senarai Pusat Kosis Yang Beroperasi
-
Perasmian Pusat KOSIS oleh YB Menteri KPKT di PPR Desa Mutiara, Johor.
-
Taklimat KOSIS oleh SWCorp kepada penduduk di PPR Desa Mutiara, Johor.
-
-
Perjumpaan TKSU(D) bersama penduduk dan taklimat KOSIS oleh SWCorp kepada penduduk di PPR Taman Jasmin, Negeri Sembilan.
-
Perjumpaan TKSU(D) bersama penduduk dan taklimat KOSIS oleh SWCorp kepada penduduk di PPR Taman Jasmin, Negeri Sembilan.
-
Pendaftaran peserta program KOSIS di Rumah Pangsa Jalan Hospital, Perak.
-
Pendaftaran peserta program KOSIS di PPR Lembah Subang 2, Selangor.