Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Penguatkuasaan & Kawal Selia

Kesalahan KPI

KPI didefinisikan sebagai kayu pengukur tahap keakuran sesuatu perkhidmatan ke arah mencapai sasaran mutu. Oleh itu, KPI bagi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan KPI perkhidmatan pembersihan awam disediakan bagi tujuan berikut:

Memastikan mutu perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang diberikan oleh Syarikat Konsesi memenuhi piawai dan kualiti kerja yang ditetapkan; dan

Mewujudkan sistem yang seragam bagi pihak Kerajaan memantau dan menilai perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Konsesi.

KPI ini terbahagi kepada dua (2) kelas iaitu Prima (P) dan Sekunder (S). Beza antara kedua-dua kelas tersebut adalah seperti berikut:

Kelas Prima menunjukkan kesalahan-kesalahan berkaitan kualiti perkhidmatan Syarikat Konsesi yang akan memberi kesan yang serta merta dan ketara kepada operasi, kebersihan alam sekitar dan kesihatan awam; manakala

Kelas Sekunder pula menunjukkan kesalahan-kesalahan berkaitan kualiti perkhidmatan Syarikat Konsesi yang akan menjejaskan kelancaran operasi dan keselesaan awam.

Jumlah keseluruhan KPI perkhidmatan kutipan sisa pepejal ialah dua puluh empat (24) petunjuk yang terdiri daripada empat (4) petunjuk bagi kelas Prima dan dua puluh (20) petunjuk bagi kelas Sekunder.

Manakala jumlah keseluruhan KPI perkhidmatan pembersihan awam ialah lima puluh satu (51) petunjuk yang terdiri daripada dua (2) petunjuk bagi kelas Prima empat puluh sembilan (49) petunjuk bagi kelas Sekunder.

KPI perkhidmatan pembersihan awam juga terbahagi kepada KPI umum untuk semua aktiviti pembersihan awam dan KPI khusus mengikut aktiviti pembersihan awam yang tertentu.