YBrs. Tuan Haji Ismail Bin Mokhtar

YBrs. Tuan Haji Ismail Bin Mokhtar

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF – ISMAIL BIN MOKHTAR, dilahirkan pada 19 Jun 1970. Beliau telah berjaya memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Geologi) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana (Master) Pengurusan Sumber Tanah dari Universiti Pertanian Malaysia.

Telah mula berkhidmat dalam sektor awam sejak tahun 1995 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran, kaji bumi, pentadbiran tanah dan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Beliau juga telah berkhidmat selama dua tahun sepuluh bulan sejak tahun 2016 di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) sebagai Ketua Pengarah sebelum memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di SWCorp pada 8 Julai 2019.