Kemudahan pengurusan kitar semula merupakan kemudahan yang digunakan untuk menerima dan juga memproses sisa kitar semula. Kewujudan kemudahan kitar semula dapat memudahkan masyarakat untuk menghantar sisa kitar semula yang telah diasingkan di samping menggalakkan orang ramai untuk membudayakan amalan kitar semula bagi menyumbang kepada peningkatan kadar kitar semula kebangsaan sebanyak 40% menjelang tahun 2025.
SWCorp telah menyediakan pangkalan data untuk lapan (8) jenis kemudahan pengurusan sisa kitar semula di tujuh (7) negeri yang menerima pakai Akta 672. Kemudahan tersebut merangkumi drop off/ sangkar kitar semula, Pusat Pandu Lalu Kitar Semula (DTRC), pusat kitar semula di perumahan rakyat (PPR) melalui Program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS), Community Recycle Centre yang diusahakan oleh badan bukan Kerajaan, perniagaan kitar semula swasta yang dioperasi oleh peniaga kitar semula, pusat kitar semula yang diusahakan oleh syarikat konsesi SWCorp atau pihak berkuasa tempatan, pusat pengumpulan sisa elektronik (e-Waste) dari Jabatan Alam Sekitar dan kilang mengusahakan sisa kitar semula.