Pengenalan

Sukarelawan Hero Kebersihan merupakan satu inisiatif di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mengumpulkan para sukarelawan dalam pelaksanaan aktiviti berkaitan kebersihan persekitaran.
Pelancaran Sukarelawan Hero Kebersihan telah dilaksanakan pada 19 September 2020 oleh YB Timbalan Menteri KPKT bertempat di Kg. Ladang dan Kg Pendas Baru, Gelang Patah, Johor bersempena dengan sambutan World Cleanup Day. Pendaftaran sukarelawan Hero Kebersihan boleh dibuat secara online melalui website sukarelawan.swcorp.my.
Sukarelawan yang telah berdaftar berpeluang untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh SWCorp samada di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Objektif
- Menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukarelawan berkaitan kebersihan persekitaran dan amalan 3R;
- Memupuk semangat cintakan kebersihan dan menjadikan amalan menjaga kebersihan sebagai satu tanggungjawab bersama; dan
- Memberi pendedahan kepada sukarelawan mengenai pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
Daftar sekarang untuk menyertai program-program menarik Sukarelawan Hero Kebersihan.
Sukarelawan yang berdaftar berpeluang untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh SWCorp melibatkan penggunaan modul sukarelawan, aktiviti di lapangan dan program anjuran SWCorp di seluruh negeri.
