Tarikh: 3 November 2019
Tempat: PPR Tehel, Melaka
Perasmi: YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan YAB Ketua Menteri Melaka

Jumlah Kehadiran: 3,000 pengunjung melibatkan penduduk setempat, peserta 3R Fun Run, wakil daripada agenda kerajaan, swasta, industri, dan institusi pengajian tinggi
Aktiviti:

1. 3R Fun Run 2019. Melibatkan larian sepanjang 3KM bermula dan berakhir di PPR Tehel, Melaka. Pendaftaran dibuat secara online melibatkan penyertaan 2,000 orang peserta terdiri daripada penduduk PPR berdekatan, jemputan khalayak, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berdekatan serta orang awam. Tiada yuran penyertaan dikenakan dan peserta membawa barangan kitar semula mengikut kuantiti yang ditetapkan

2. Perasmian sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2019 bersekali dengan Majlis Pelancaran Dasar Kebersihan Negara, Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia dan Majlis Pelancaran Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti PPR Tehel, Melaka

3. Penyampaian Hadiah
i. Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) 2019
ii. Appreciation of Best Practices On Solid Waste Management 2019.

4. Pengiktirafan kepada SWCorp
i. Naib johan bagi National Scroll Of Honour Award For Human Settlement 2019 (Zero Waste Community Initiative- ZeComm)
ii. sijil penghargaan bagi Inisiatif Sekretariat Komuniti.

5. Pelancaran Pusat Komuniti Sisa Sifar (ZeComm) PPR Tehel
i. Bertujuan bagi mewar-warkan usaha yang telah dilaksanakan oleh SWCorp dalam menggalakkan usaha kitar semula.
ii. Penduduk yang menghantar barangan kitar semula serta sisa makanan akan mendapat mata ganjaran yang boleh ditebus kepada barangan makanan dan keperluan seperti beras, minyak masak, sabun dan keperluan lain.

6. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) TNB Research dan SWCorp bagi kajian pembangunan food waste to energy .

7. Pameran bertemakan ‘Transforming Waste To Wealth’ melibatkan syarikat Alam Flora Sdn Bhd, Environment Idaman Sdn Bhd, SWM Environment Sdn Bhd dan Syarikat Nestle (M) Sdn Bhd selaku penaja utama 3R Fun Run dengan kempen kesedaran mengitar semula kotak minuman melalui Careton Project.

8. Program Upcycling melibatkan aktiviti membuat dulang daripada kayu terpakai.

9. Aktiviti Mini Stage dengan pengisian persembahan Reuz Band, pertandingan Fashion Show Kanak-Kanak melibatkan penyertaan 20 peserta kanak-kanak yang memperagakan pakaian daripada barangan terpakai, Games Kahoot!, penyampaian hadiah cabutan bertuah serta sesi bersama syarikat konsesi.

10. Aktiviti sukarelawan melibatkan 42 orang wakil pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka serta Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Agensi Kerjasama:
1. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku urus setia induk Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia,

Agensi penaja:
1. Nestle Malaysia selaku penaja utama 3R Fun Run
2. Syarikat Fraser & Neave Holding (M) Berhad (F&N) selaku penaja bagi water station.

Tarikh: 1 Disember 2018
Tempat: Pantai Eco Park, Kuala Lumpur
Perasmi: YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Jumlah Kehadiran: 3,000 orang pengunjung terdiri daripada wakil agensi kerajaan, agensi swasta, syarikat konsesi, Badan Bukan Kerajaan (NGO), industri, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), komuniti serta peserta Fun Walk dan Plogging.

Aktiviti:

1.  Senamrobik dan pelepasan Fun Walk dan Plogging. Aktiviti berjalan kaki sejauh 2.3 kilometer di laluan sepanjang Pantai Eco Park ini turut melibatkan pelbagai aktiviti plogging iaitu mengutip sampah di sepanjang laluan. Aktiviti ini membawa mesej “buang sampah ke dalam tong sampah” dan urus setia akan membawa tong sampah 120L di sepanjang laluan. Program ini menggalakkan penglibatan masyarakat untuk melaksanakan kitar semula melalui penghantaran barangan kitar semula sebagai syarat penyertaan.
2.  Perasmian Hari Kitar Semula Kebangsaan 2018
3.  Penyampaian Hadiah
i. Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) 2018,
ii. Waste To Art Competition,
iii. Appreciation of Best Practices On Solid Waste Management 2018,
iv. Pengiktirafan Sukarelawan Mendaya Komuniti, dan
v. Anugerah Pengiktirafan Skim Konsesi Terbaik
4.  Pameran berkaitan amalan 3R. Melibatkan 20 pempamer daripada badan kerajaan, agensi swasta, sekolah, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
5.  Pameran Waste To Art. Mempamerkan 20 arca yang disenarai pendek dari Waste To Art Competition bagi memberi pendedahan dan inspirasi kepada pengunjung mengenai potensi sisa pepejal sebagai satu nilai seni.
6. Bengkel Upcycling. Memperkenalkan kepada masyarakat tentang amalan upcycling yang mampu menghasilkan produk baharu daripada barangan terpakai atau terbuang. Bengkel ini menumpukan kepada tiga aktiviti iaitu membuat batik pelangi daripada tisu, menjahit beg daripada banner terpakai dan membuat kotak kayu daripada kayu terpakai.
7. Perkongsian informasi, pengalaman dan idea santai melalui Open Mic #CrazyOnRecycle membincangkan topik-topik berkaitan amalan 3R, penggunaan plastik secara kreatif dan langkah-langkah penggunaan plastik.
8. Aktiviti Kidzania Go! dengan kerjasama Telekom Malaysia ™ bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai situasi sebenar di pusat kitar semula. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai permainan santai berkonsepkan amalan 3R dan bertemu dengan
9. Penampilan maskot Didi And Friends.
10. 20 unit car boot sale dan 20 unit food truck dengan pemberian kupon percuma bernilai RM10 kepada peserta Fun Walk dan Plogging.
11. Persembahan Choral Speaking National Recycling Day melibatkan 32 orang pelajar dari SMK Raja Jumaat, Port Dickson yang membawa mesej berkaitan amalan kitar semula.
12. Aktiviti sukarelawan. Seramai 34 orang sukarelawan dari Politeknik Shah Alam terlibat dalam melaksanakan kempen mendidik kepada para pengunjung berkenaan pengasingan sisa dan membuang sampah ke dalam tong, selain menjalankan aktiviti litter picking.

 

 

Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2017

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2017 bertemakan #PeluangKedua telah dilaksanakan pada 18 November 2017 (Sabtu) bertempat di Anjung Floria, Putrajaya. Majlis dirasmikan YB Menteri KPKT dan dihadiri oleh 6,500 orang pengunjung yang melibatkan pengisian seperti HKSK Fun Walk, Bengkel Waste Art for Kids, Bengkel Upcycling, Jualan Car Boot Sale, 3R Treasure Hunt, Pameran mengenai teknologi pengurusan sisa pepejal dan Jualan Food Truck.

Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2016

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2016 telah dilaksanakan secara bersama dengan agensi KPKT di Karnival KPKT pada 3-5 Disember 2016 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB Menteri KPKT dan turut disambut bersama Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari Habitat Sedunia dan Hari Tandas Sedunia. Antara pengisian program adalah pameran berimpak tinggi, Pertandingan City Hunt, Zumba, Demonstrasi Upcycling dan Food Truck.

Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2015

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2015 telah dilaksanakan pada 14 Disember 2015 bertempat Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur yang bertemakan #Asingkan. Program dirasmikan YB Timbalan Menteri KPKT dan melibatkan pengisian seperti Zumba, Pemberian KFC Percuma, Bengkel Upcycling, Program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Pertandingan Treasure Hunt, Demonstrasi Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS), Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula, Pertandingan Mewarna dan Jualan Car Boot Sale.