Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Laman Web Rasmi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Inisiatif

Green World Ambassador 2025

SWCorp telah dilantik sebagai Green World Ambassador 2025 berikutan inisiatif SWCorp yang melaksanakan ‘Green Event Practices: Evaluation of Pre-event Awareness Through Social Media and Effective Sustainable Waste Management at Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2023 in Langkawi Island, Malaysia’.

Projek ini yang dipertandingkan dalam kategori Environmental Impact telah dianugerahkan Pingat Gangsa sempena Green Apple Awards 2025 yang berlangsung di London, United Kingdom.

Lebih membanggakan, YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif  SWCorp telah hadir sendiri ke majlis berprestij tersebut bagi menerima anugerah atas komitmen tinggi dalam memacu agenda kelestarian melalui pengurusan sisa pepejal yang cekap dan pendidikan kesedaran awam.

Pencapaian ini membuktikan bahawa pendekatan SWCorp yang mengintegrasikan strategi komunikasi digital dengan pelaksanaan operasi lapangan yang lestari mampu memberi impak nyata terhadap alam sekitar serta menyerlahkan imej Malaysia di peringkat global.

Plak
Sijil