1. Mengesyorkan dan melaksanakan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (PSPA).
  2. Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan PSPA.
  3. Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang PSPA.
  4. Mengawal selia prestasi syarikat yang membekalkan perkhidmatan PSPA.
  5. Mengenal pasti teknologi yang mesra alam, selamat dan kos efektif serta menjalankan penyelidikan berhubung dengan pembangunan perkhidmatan PSPA.
  6. Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa di punca (SAS) secara sistematik di samping menekankan ciri-ciri pembangunan yang mampan meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial.
  7. Memproses permohonan baharu, pembaharuan dan pembatalan/penggantungan lesen pembekal perkhidmatan pengurusan sisa pepejal (PSP) sehingga pengesyoran kepada JPSPN.