KUALA LUMPUR – UN HABITAT bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan satu persidangan bagi membincangkan mengenai pembangunan bandar.

Persidangan World Urban Forum Ke-9 (WUF9) itu telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 7 Februari hingga 13 Februari 2018 baru-baru ini. Ia antara forum persidangan yang paling aktif dengan pelbagai pengisian.

Forum bertema “Bandar 2030, Bandar Untuk Semua : Melaksanakan Agenda Bandar Baharu” ini disertai 100 Menteri dan Timbalan Menteri serta lebih 30,000 delegasi termasuk Malaysia yang juga melibatkan sesi forum dan pameran.

Forum dwi tahunan ini juga adalah platform untuk membincang dan membentangkan komitmen, strategi inovasi serta mengenalpasti peranan institusi dan meneruskan perkongsian dalam pelaksanaan Pembangunan Mampan dan Pelan Tindakan Agenda Bandar Baharu (NUA).

Forum kali ini menyaksikan penyertaan tertinggi dan paling pelbagai dalam sejarah penganjuran forum. Ini juga adalah forum pertama yang berjaya menghasilkan pengisytiharan, Deklarasi Kuala Lumpur yang berkongsi aspirasi peserta untuk masa depan Bandaraya 2030 sebagai bandaraya bagi semua yang tiada tempat tinggal.

Terdapat lima perhimpunan penting sepanjang Forum ini berlangsung iaitu, Perhimpunan Wanita; Perhimpunan Sidang Perniagaan; Perhimpunan Kanak-kanak dan Belia; Perhimpunan Dunia Kerajaan Tempatan; dan Wilayah serta Perhimpunan Akar Umbi yang membincangkan hal-hal berkaitan perbandaran baharu.

Pelbagai program dan aktiviti sampingan yang turut dianjurkan sepanjang forum ini berlangsung.

SWCorp juga tidak terkecuali dalam pelbagai aktiviti yang memberi impak yang sangat bagus.

Antaranya membuka booth pameran dan menggabungkan stakeholders SWCorp iaitu Alam Flora Sdn. Bhd., SWM Environment Sdn. Bhd, Environment Idaman Sdn. Bhd, Cypark Resources Sdn. Berhad dan Waste Management Association of Malaysia (WMAM).

Seramai lebih 3,300 pelawat telah melawati booth pameran SWCorp yang bertujuan untuk menonjolkan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia dan memperkenalkan inisiatif-inisiatif hijau yang telah dilaksanakan oleh SWCorp.

Antaranya, termasuklah Green Initiative sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017; Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah; serta beberapa inisiatif yang telah dijalankan oleh syarikat konsesi di bawah seliaan SWCorp.

Rata-rata pelawat yang hadir, tertarik dengan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak SWCorp dan kebanyakkan mereka berhasrat untuk melaksanakan inisiatif yang serupa di negara mereka sendiri.

Terdapat juga produk pameran yang dipamerkan, antaranya produk dari barangan terpakai, Sculpture, model Insinerator, Mini Anaerobic Digestor dan Waste Is Amaze.

Melalui Inisiatif Hijau pula, ia adalah platform bagi membolehkan SWCorp menyalurkan maklumat berkaitan pengurusan sisa pepejal kepada umum. Program inisiatif hijau tersebut adalah melibatkan dua kawasan iaitu Kawasan Food Truck di tempat letak kereta Mandarin Oriental dan sekitar kawasan Medan Pasar.

Aktiviti di bawah program Kempen Kesedaran Awam Inisiatif Hijau pula ialah Kempen kesedaran kepada orang awam untuk mengurangkan pembaziran makanan dengan tema “Love Food No Waste” kepada pengunjung gerai food truck dan Rawatan sisa pepejal di punca dengan merawat sisa makanan yang dihasilkan oleh pengunjung menggunakan mesin kompos.
Jumlah kompos yang berjaya dihasilkan ialah sebanyak lebih kurang 15 kilogram; kempen pengasingan sisa pepejal dengan memberikan tunjuk ajar kepada pengunjung cara yang betul untuk mengasingkan sisa pepejal. Turut diadakan pengedaran kompos yang dihasilkan menggunakan mesin kompos kepada pengunjung WUF9 di hari akhir forum tersebut dan Signage yang mengingatkan pengunjung untuk agar tidak membazir makanan dan juga melakukan pengasingan sisa pepejal dengan membuang sisa di tong yang betul juga diletakkan di setiap meja makan di kawasan food truck tersebut.

Untuk rekod, penjanaan sisa pepejal oleh pengunjung sepanjang WUF9 di gerai Food Truck di tempat letak kereta Mandarin Oriental dan sekitar Medan Pasar ialah sisa makanan sebanyak 198 kilogram (4.5%); bahan kitar semula adalah 1,090 kilogram (24.7%) dan sisa pepejal bercampur sebanyak 3,118.5 kilogram (70.8%).

Antara kemudahan yang disediakan untuk pengunjung ialah untuk di Tapak Food Truck adalah Tong MGB 660 sebanyak 10 unit, Tong MGB 240 sebanyak 17 unit, Stationary Compactor sebanyak 1 unit. Manakala di Medan Pasar disediakan sebanyak 3 unit MGB 660. SWCorp juga turut mempunyai Pegawai Pengiring sempena WUF9 ini.