Pesta Angin Timur Perlis 2019 merupakan program yang ke-7 penganjurannya oleh Kerajaan Negeri Perlis bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis (JKKN).

 

Dengan kehadiran kira-kira 100,000 orang pengunjung, program yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Datuk Seri Azlan Man.

 

Pada penganjuran kali ini, SWCorp Perlis sekali lagi telah dilantik sebagai tuan rumah bersama yang mana SWCorp bertindak sebagai agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

 

SWCorp juga turut mempromosikan konsep Green Event bagi program ini yang mana ia akan menjadi perintis kepada acara-acara besar anjuran Kerajaan Negeri Perlis dengan mengetengahkan elemen 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle.

 

Antara pengisian pogram yang dilaksanakan oleh SWCorp adalah kempen Anti Litter, Value Food No Waste, kempen #Jangangunalah dan kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah.

 

Di samping itu juga, SWCorp telah menjalankan kerjasama dengan sukarelawan dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan mengadakan aktiviti “plogging” sepanjang program tersebut berlangsung bagi memastikan kebersihan tapak pesta sentiasa berada dalam keadaan bersih.

 

SWCorp juga turut menjemput pelajar Pendidikan Khas dari Sekolah Menengah Sanglang bagi mengadakan demonstrasi pembuatan baja kompos dari sisa makanan kepada para pengunjung.

 

Selain itu, pameran agensi juga diadakan bagi memberikan maklumat dan penerangan secara terus kepada para pengunjung tapak pesta berkaitan fungsi dan perkhidmatan agensi.

 

SUMBER : SWCorp NEWS BIL. 2/2019