1. Memastikan Syarikat Konsesi melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 mengikut ketetapan berikut:
    1. Sisa domestik dipungut sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan sisa pukal/taman/kitar semula dikutip 1 kali seminggu;
    2. Rumput dipotong 2 kali sebulan;
    3. Longkang awam dibersihkan 1 kali sebulan kecuali longkang tanah; dan
    4. Jalan protokol, jejantas, jejambat dan terowong dibersihkan setiap hari, jalan utama dan komersial 6 kali seminggu dan jalan industri 1 kali sebulan.
  2. Meningkatkan kadar kitar semula 30% pada tahun 2020 untuk sisa pepejal isi rumah melalui program kesedaran awam, penggunaan teknologi dan inovasi;
  3. Mengesyorkan permohonan lesen pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ke Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) selewat-lewatnya 14 hari bekerja selepas dokumen yang lengkap diterima daripada pemohon;
  4. Memastikan akuan penerimaan aduan diberikan dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja; dan
  5. Bayaran kepada pembekal dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima di Bahagian Kewangan.