Perolehan SWCorp
ppsppa PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN
PEMBERSIHAN AWAM (SWCorp)
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA [ BEKALAN ]
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang berkaitan yang masih sah dan diperakui dibenarkan untuk menyertai Sebut Harga berikut:
Nombor Tajuk Sebut Harga Kod Bidang Tempat, Tarikh dan Masa Tutup
SB/24/19 MEMBEKAL, MEMASANG, MENDOKUMENTASI SERTA MENGUJITAULIAH PERKAKASAN DAN PERISIAN ICT SWCORP 210101, 210102, 210103Ibu Pejabat SWCorp Cyberjaya Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor.

23 Jul 2019
12:00

2. Borang Sebut Harga boleh didapati di Ibu Pejabat SWCorp Cyberjaya Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor pada waktu pejabat (8.30 pagi hingga 1.00 petang dan 2.00 petang hingga 4.30 petang) mulai 16 Jul 2019. Manakala Dokumen Meja Sebut Harga boleh disemak di Bahagian Kewangan SWCorp di alamat yang sama pada waktu pejabat.
3. Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang asal dan masih sah dan diperakui hendaklah ditunjukkan semasa mengambil dokumen Sebut Harga. Salinan fotostat hendaklah dikemukakan untuk simpanan Seksyen Perolehan SWCorp.
4. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi mestilah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan ditandakan dengan Tajuk dan Nombor Sebut Harga di sebelah kanan bahagian atas sampul surat. Dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Seksyen Perolehan, pada atau sebelum jam 12:00, 23 Jul 2019. Pihak Perbadanan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen Sebut Harga yang dikemukakan melalui pos. Pihak Perbadanan juga tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Iklan Sebut Harga ini juga boleh dilayari di laman web www.swcorp.my dan Facebook swcorpMY.
 
Ketua Pegawai Eksekutif
SWCorp Malaysia