Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) telah menganjurkan Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air Peringkat Negeri Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada 29 September 2018 yang lalu. Perasmian kempen ini telah disempurnakan oleh YBM Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Objektif kempen kempen ini diadakan bertujuan untuk menangani insiden kejadian lemas di badan air yang semakin meningkat pada setiap tahun serta untuk memupuk kesedaran masyarakat berhubung keselamatan dalam menjalankan aktiviti di badan air. Peserta kempen yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja dan belia pada hari tersebut telah didedahkan dengan pengetahuan untuk mengutamakan keselamatan diri sebelum membantu orang lain sekiranya berlaku kecemasan di badan atau takungan air dan mereka juga berpeluang mempelajari dan mendapat tips langkah keselamatan daripada pihak Bomba.
Sehingga Ogos 2018, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti kawasan hotspots berdasarkan data kejadian mati lemas yang melibatkan kehadiran bomba. Sebanyak 12 kawasan berisiko tinggi dan 34 kawasan berisiko telah dikenal pasti dan pihak bomba juga telah diarahkan untuk mengawasi Kawasan Berisiko Tinggi tersebut bagi tujuan kawalan keselamatan sepanjang cuti persekolahan. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan akan diminta memasang papan-papan tanda amaran dengan menggunakan simbol-simbol ISO supaya mudah difahami oleh semua pengunjung.
Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh JBPM terdapat peningkatan insiden mati lemas iaitu daripada 260 kes pada tahun 2016 kepada 327 kes pada tahun 2017. Manakala angka kematian akibat lemas bagi 8 bulan pertama tahun 2018 (Januari – Ogos) telah mencecah 194 kes.
Sebagai langkah proaktif, KPKT juga telah mengambil langkah dengan Mengkaji undang-undang yang bersesuaian dan menggubal undang-undang kecil bagi tujuan penguatkuasaan keselamatan di badan air dan rekreasi dan Menyediakan garis panduan berkaitan keselamatan di sebagai panduan untuk kegunaan Pihak Berkuasa Tempatan – Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang di kawasan PBT. Langkah-langkah ini diambil untuk menangani peningkatan insiden kelemasan: