Sayap pertama membawa maksud kehebatan di mana SWCorp berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi yang hebat dan unggul di peringkat antarabangsa. Sayap kedua bermaksud SWCorp adalah sebuah organiasasi penguatkuasaan yang tegas tapi mesra dan Sayap ketiga bermaksud SWCorp dekat di hati masyarakat.

Jingga : Kekuatan dan komitmen yang tinggi bagi memastikan SWCorp menjadi organisasi yang hebat demi mencapai matlamat

Hijau : Usaha dan peranan SWCorp dalam memelihara alam sekitar dan persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera.

Biru : Melambangkan pemikiran yang mendalam, melaksanakan perancangan, semangat perpaduan dan kerjasama untuk menuju cita-cita dan kejayaan.

Penjenamaan merupakan satu proses strategik ke arah pembinaan imej dan kredibiliti SWCorp untuk menyuntik semangat masyarakat untuk merealisasikan aspirasi SWCorp untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera. Proses penjenamaan dapat menyuntik satu semangat dan perubahan terhadap keseluruhan struktur, sistem dan semangat organisasi SWCorp ke arah penterjemahan mutu penyampaian yang unggul, berkualiti, berdaya saing dan bertaraf dunia.

Logo baharu SWCorp dipilih berdasarkan sayap burung egret yang digambarkan sebagai spesis yang sentiasa kelihatan bersih walaupun habitat sebenar burung egret adalah di kawasan yang ditimbuni sampah sarap atau di sawah, bersifat survivor dan mempunyai kerjasama yang erat di antara spesies.