Buku Kompendium Pengurusan Sisa Pepejal Malaysia 2019 ini adalah himpunan segala maklumat mengenai pengurusan sisa pepejal yang telah dijalankan oleh SWCorp dan telah dikemaskini sehingga berakhir Disember 2018. Maklumat seperti fasiliti pengurusan sisa pepejal, penjanaan sisa pepejal, komposisi sisa pepejal, kadar kitar semula negara, penguatkuasaan dan kawal selia serta pengurusan aduan boleh didapati dalam buku Kompendium ini bagi tujuan kajian, rujukan atau pembelajaran.

Buku Kompendium secara elektronik (e-book) berharga RM30 kini boleh diperolehi melalui pembelian secara atas talian dengan mengisi borang pembelian seperti pautan di bawah.