Operasi bersepadu membersihkan kawasan sekitar Bandaraya Melaka oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, YB Dato’ Hasim Hasan dan Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Mansor Sudin telah diadakan pada 10 Mac lalu.

 

Program yang dilaksanakan selepas waktu operasi pasar malam berlangsung itu dibuat di Jonker Street, Pusat Bandaraya Melaka.

 

Operasi yang melibatkan SWCorp, SWM Environment Sdn. Bhd. dan Majlis Bandaraya Bersejarah itu bagaimanapun mendapati sedikit sahaja sampah kerana sampah bagi peniaga pasar malam telah dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

 

Operasi pembersihan ini diadakan bagi tujuan meningkatkan imej kebersihan di Negeri Melaka terutama di kawasan pelancongan.

 

Semasa operasi ini diadakan, teguran dan nasihat diberikan kepada peniaga dan pengunjung supaya secara bersama menjaga kebersihan di kawasan tersebut.

 

YB Dato’ SUK turut memberi pelbagai idea dan pandangan dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri terbersih.

 

Apa yang menarik ialah operasi ini telah mewujudkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang terlibat selain membuka mata masyarakat tempatan dan pelancong luar dalam aspek kebersihan.

 

Ia juga dapat menarik pengunjung atau pelancong luar datang melawat Melaka.

 

SUMBER : SWCorp NEWS BIL. 2/2019