Nik Noraini Nik Ya

Nik Noraini Nik Ya

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)

Nik Noraini Nik Ya merupakan graduan Bachelor of Laws (LL.B) dari International Islamic University Malaysia, Petaling Jaya dan seterusnya melanjutnya pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains M.Sc Global Information and Telecommunications Studies (GITS) dari Waseda University, Tokyo.

Beliau mula menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Belanjawan, Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau merupakan Setiausaha Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp pada 22 Ogos 2019.