Peningkatan jumlah janaan sisa makanan yang tinggi di Bazar Ramadan atas pelbagai faktor berkaitan seperti lebihan makanan, cuaca dan lain-lain.

Oleh yang demikian, SWCorp telah menjalankan kajian MySaveFood Ramadan dengan kerjasama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan di beberapa Bazar Ramadan pada tahun ini.

Program ini dijalankan bagi mengkaji potensi janaan sisa makanan di satu-satu Bazar Ramadan, menerapkan budaya pengurangan pembaziran di kalangan peniaga dan memastikan lebihan makanan yang masih elok dimanfaatkan oleh pihak lain dari dihantar ke tapak pelupusan.

Pelaksanaannya adalah di negeri-negeri yang menggunapakai Akta 672 dan lokasi bazar adalah seperti berikut:

BIL. NEGERI BAZAR RAMADAN YANG DIPILIH NGO YANG TERLIBAT
1 Johor Bazar Ramadan Taman Rinting, Johor Bahru Surau An-Nur, Taman Megah
2 Perlis Bazar Ramadan Kangar Masjid Al-Masyhoor
3 Kedah Pasar Ramadhan Taman Ria Pusat Islam UiTM Kedah
4 Negeri Sembilan Bazar Ramadan Stadium Paroi

Bazar Ramadan Bandar Baru Nilai

Rumah Ibu Tungal dan Asnaf sekitar Rasan dan Seremban Selatan
5 Melaka Bazar Ramadan Taman Cempaka, Peringgit Kompleks Darul Huda, Pusat Bimbingan Saudara Muslim Kolej UiTM
6 WPKL Bazar Ramadan Lembah Pantai

Bazar Ramdan Kg Baru

Bazar Ramadan Presint 3

Gelandangan, Rumah Asnaf, Petugas Keselamatan Sekitar
7 Pahang Bazar Ramadan Taman Kerang, Kuantan Rumah Perlindungan Wanita, Kolej Yayasan Pahang, Rumah Perlindungan Kanak-kanak

Hasilnya, sebanyak 8,861 kg lebihan makanan berjaya dikumpulkan dari 10 buah bazaar yang terlibat. Jumlah tersebut tersebut dapat memanfaatkan lebih dari 17 ribu orang untuk satu hidangan berbuka puasa. SWCorp mengambil inisiatif menghantar lebihan makanan dan minuman berjumlah 17.2 tan tersebut ke lokasi terpilih (sasaran golongan memerlukan) mengikut negeri.

Berikut merupakan hasil lebihan makanan dan minuman yang diterima sepanjang dua minggu kajian dijalankan:

 

TARIKH LEBIHAN MAKANAN

(KG)

LEBIHAN MINUMAN

(KG)

JUMLAH KESELURUHAN

(KG)

12 Mei 2019 79.2 99.6 178.8
13 Mei 2019 1,436.1 562.6 1,998.7
14 Mei 2019 694.8 409.9 1,104.7
15 Mei 2019 699.8 695.6 1,395.4
16 Mei 2019 699.8 695.6 1,395.4
17 Mei 2019 707.9 768.77 1,476.67
18 Mei 2019 407.8 397.8 805.6
19 Mei 2019 413.3 493.55 906.85
20 Mei 2019 757.7 686 1,443.7
21 Mei 2019 595.9 461.3 1,057.2
22 Mei 2019 626.9 745.6 1,372.5
23 Mei 2019 526.1 758.5 1,284.6
24 Mei 2019 579.9 731.5 1,311.4
25 Mei 2019 311.3 381 692.3
26 Mei 2019 324.6 427.2 751.8
8,861.1 8,314.52 17,175.62

Menerusi kajian tersebut menunjukkan bahawa setiap peniaga mempunyai lebihan makanan atau minuman lebih kurang 5 kg sehari.

Segalanya bermula dari kita.

 

Sumber : Bahagian Teknologi dan Penyelidikan, SWCorp.