Tahap keberkesanan kutipan dan pembersihan awam di kawasan perkhidmatan dipertingkatkan dengan kerjasama penduduk setempat. Bagi tujuan tersebut, syarikat konsesi telah menyediakan maklumat jadual kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam pada papan tanda di setiap taman perumahan sebagai panduan terhadap perkhidmatan yang dilaksanakan. Penyediaan jadual ini dapat membantu orang ramai merancang jadual pembuangan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan supaya kawasan persekitaran kediaman lebih bersih, indah dan selesa. Nombor aduan turut disertakan pada papan tanda jadual perkhidmatan tersebut untuk memudahkan orang ramai menghubungi syarikat konsesi bagi memaklumkan sebarang aduan berkaitan perkhidmatan oleh syarikat konsesi.

Selain itu, laman web SWCorp juga menyediakan maklumat berkenaan dengan jadual kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi aktiviti pembersihan jalan, pemotongan rumput dan pembersihan longkang. Maklumat ini disediakan bagi memudahkan orang ramai untuk mengetahui jadual perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat konsesi dan ia boleh diakses di alamat www.swcorp.gov.my.

Maklumat lanjut sila click http://www.swcorp.gov.my/1sprec/