fb twitter insta instadividersayangi malaysiaku
A A A

1.  Memastikan Syarikat Konsesi melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 mengikut ketetapan berikut:

1.1 Sisa domestik dipungut sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan sisa pukal/taman/kitar semula dikutip 1 kali seminggu;

1.2 Rumput dipotong 2 kali sebulan;

1.3 Longkang awam dibersihkan 1 kali sebulan kecuali longkang tanah; dan

1.4 Jalan Protokol, jejantas, jejambat dan terowong dibersihkan setiap hari, jalan utama dan komersial 6 kali seminggu dan jalan industri 1 kali sebulan.
   

2.    Meningkatkan kadar kitar semula 30% pada tahun 2020 untuk sisa pepejal isi rumah melalui program kesedaran awam, penggunaan teknologi dan inovasi;

 

3.    Mengesyorkan permohonan lesen pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ke Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) selewat-lewatnya 14 hari    bekerja  selepas dokumen lengkap diterima daripada pemohon

 

4.    Memastikan akuan penerimaan aduan diberikan dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja; dan

 

5.    Bayaran kepada pembekal dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima di Bahagian Kewangan.  

 .