fb twitter insta instadivider1malaysia header
A A A

Penguatkuasaan undang-undang adalah elemen terpenting dalam memastikan kebersihan negara mencapai tahap dan standard yang terbaik. Kaedah pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang yang tegas, berhemah, berintegriti, kreatif dan inovatif akan memberi impak yang lebih besar kepada perubahan minda masyarakat.

Pelaksanaan Tindakan Penguatkuasaan

Mulai Januari 2014 sehingga Disember 2014 sebanyak 39 kertas siasatan telah berjaya dibuka bagi membawa pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan di bawah Akta 672 dihadapkan ke muka pengadilan. Sebanyak 1,430 Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan terhadap pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). SWCorp turut mengeluarkan surat peringatan terhadap orang awam yang membuat kesalahan littering iaitu sebanyak 38 kes dan sampah haram sebanyak 33 kes melalui maklumat ‘My Sikap’. ‘My Sikap’ merupakan satu sistem informasi pemilik kenderaan yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Pembasmian Hot Spot Sampah Haram Dan Longkang

SWCorp memberikan fokus kepada penguatkuasaan terhadap isu-isu yang memberi impak besar kepada tahap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui taktik operasi yang berkonsepkan Shock and Awe (SnA) dan penyediaan protokol tindakan serta Standard Operating Procedures (SOP). SWCorp berjaya mencapai sasarannya apabila berjaya membasmi 851 lokasi sampah haram pada bulan 30 Jun 2014 dan membersihkan sebanyak 1701 longkang yang dikenalpasti sebagai longkang yang bermasalah yang memberikan kesan khususnya kepada sistem saliran. Pembersihan longkang ini telah dilaksanakan secara bersepadu dan juga berjaya mencapai sasarannya yang dapat dibersihkan sepenuhnya pada bulan Oktober 2014.Bagi memastikan masalah yang sama tidak berulang, SWCorp bersama syarikat konsesi telah memperkasakan strategi pemantauan melalui pelaksanaan Operasi Mata Helang iaitu satu pemantauan yang dilaksanakan secara terperinci di semua kawasan perkhidmatan bagi memastikan tindakan pembersihan dapat diambil dengan kadar segera. Sehingga kini terdapat 45 Pasukan Mata Helang (PMH) telah ditubuhkan di seluruh negeri yang melaksanakan Akta 672.

 .