fb twitter insta insta
A A A

SWCorp memberikan fokus kepada penguatkuasaan terhadap isu-isu yang memberi impak besar kepada tahap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui taktik operasi yang berkonsepkan Shock and Awe (SnA) dan penyediaan protokol tindakan serta Standard Operating Procedures (SOP). PPSPPA berjaya mencapai sasarannya apabila berjaya membasmi 851 lokasi sampah haram pada bulan Jun 2014 dan membersihkan sebanyak 1701 longkang yang dikenalpasti sebagai longkang bermasalah yang memberikan kesan khususnya kepada sistem saliran. Pembersihan longkang ini telah dilaksanakan secara bersepadu dan berjaya mencapai sasarannya yang mana dapat dibersihkan sepenuhnya pada bulan Oktober 2014. Maklumat pembasmian sampah haram dan pembersihan longkang di negeri-negeri adalah seperti berikut:

NEGERI HOT SPOT SAMPAH HARAM
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 95
Negeri Sembilan 62
Melaka 119
Johor 169
Kedah 255
Pahang 142
Perlis 9
JUMLAH 851

 Maklumat Pembasmian Hot Spot Sampah Haram Mengikut Negeri

MAKLUMAT HOT SPOT LONGKANG NEGERI DARI 16 OGOS 2014

SEHINGGA 30 OKTOBER 2014

NEGERI LOKASI HOTSPOT
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 280
Negeri Sembilan 177
Melaka 54
Johor 244
Kedah 381
Pahang 376
Perlis 189
JUMLAH 1701

Maklumat Pembersihan Longkang Mengikut Negeri

 .