fb twitter insta instadivider1malaysia header
A A A

Seminar

  • JICA kongsi kejayaan, ilmu pada seminar pengurusan sisa pepejal bersepadu

    BUKIT     FRASER     -     Bermula  November   2014   hingga   Oktober   2016   lalu,      projek   pengurusan   sisa   pepejal   bersepadu   di   Bukit   Fraser  yang dijalankan  dengan  usahasama  iaitu     Japan     International     Cooperation     Agency  (JICA),  SWCorp,  Pihak  Berkuasa  Tempatan   (PBT)   serta      beberapa   agensi   lain  telah  menunjukkan  hasil  yang  sangat  memberangsangkan.  Walaupun projek di Bukit Fraser ini merupakan  projek  ke-2  yang  dilaksanakan  dengan usahasama pakar-pakar pengurusan sisa  pepejal  dari  Jepun  yang  dibawa  oleh  JICA ke Malaysia, namun ia melalui cabaran yang berbeza.

    Projek  pertama  sebelum  ini  telah  dilaksanakan  di  kawasan  Hang  Tuah  Jaya,  Melaka selama tiga tahun iaitu bermula pada tahun 2011 hingga 2013. Dalam satuseminar yang diadakan baru-baru   ini,   peserta   telah   didedahkan   secara       terperinci       bagaimana       projek       pengurusan   sisa   pepejal   yang   lebih   baik   dan  berkesan  telah  dilakukan  di  kawasan  tumpuan pelancong ini dan inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan.  Seminar   “Improvement   of   Solid   Waste     Management    in     Fraser’s     Hill”     antara  lain  menjelaskan  mengenai  inisiatif  mempertingkatkan        kesedaran        awam        dan   pengetahuan   mengenai   kepentingan  pengurusan sisa pepejal bersepadu, memberi pengetahuan  kepada  peserta  mengenai  cara  dan kaedah yang sesuai serta praktikal untuk digunapakai  dalam  mengurus sisa  pepejal  dan  menghargai  pihak    yang  terlibat  dalam  projek  tersebut  khususnya  komuniti,  agensi  kerajaan dan penduduk di Bukit Fraser.

    Seminar     ini     juga     merupakan     medium   penting   untuk   tujuan   hebahan   kejayaan  projek  kepada  PBT,  agensi  swasta,  industri, komersial di seluruh negeri Pahang dan   lain-lain   kawasan   mengenai   amalan   pengurusan  sisa  pepejal  bersepadu  di  Bukit  Fraser. Jalinan  kerjasama  dan  hubungan  dua    hala    di    antara   kerajaan    Malaysia    dan    Jepun    dalam    bidang    penyelidikan,    latihan,     pemindahan     teknologi,     sistem     dan  kaedah  pengurusan  sisa  pepejal  akan  dapat  dipertingkatkan  selari  dengan  hasrat  kerajaan  dan  Dasar  Pandang  ke  Timur  2.0  (LEP 2.0).

    Ini       membuktikan       komitmen       kerajaan dalam menguruskan sisa pepejal di negara  ini  bukan  sahaja  hanya  tertumpu  di  bandar-bandar besar sahaja malah kawasan-kawasan tanah tinggi seperti di Bukit Fraser. Program  ini  juga  penting  untuk  meningkatkan    pengurusan    sisa    pepejal    negara secara keseluruhan sepertimana yang dirancangkan dalam dasar RMK-11. Seminar     diadakan     di     Dewan     Serbaguna,  Institut  Latihan  Perumahan  dan  Kerajaan  Tempatan  (iKPKT),  Bukit  Tinggi,  Bentong,  Pahang    ini  telah  dirasmikan  oleh  ADUN  Negeri  Pahang,  Dato’  Abd  Aziz  Mat  Kiram. Antara  yang  hadir  pada  seminar  ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Pahang merangkap EXCO   Kerajaan   Negeri,   Dato’   Sri   Wan   Rosdy  Wan  Ismail;  Wakil  Ketua  Eksekutif  JICA   Malaysia,   Kojiro   Matsumoto;   Ketua   Eksekutif     Biro     Alam     Sekitar     Bandar     Kitakyush,  Kengo  Ishida;  Timbalan  Ketua  Pegawai  Eksekutif  (Teknikal) SWCorp,  Dr.  Mohd  Pauze  Mohamad  Taha  dan  Pengarah  Kitakyushu     Environmental     Preservation     Association (KEPA), Akinori Kida. Topik   yang   dibentangkan   pada   seminar     berkenaan     ialah     Project     for     Improvement  of  Solid  Waste  Management  in  Fraser's  Hill  :  Activity  Report  oleh  Yoshihiro  Okada; Waste Composition Analysis in Fraser's Hill (MrNobuyuki  Ogata);    Composting  of  Food Waste Recycling in Fraser's Hill (Yasushi Matsuo); Proposal  for  Safe  Landfill  Related to   Fraser’s   Hill (Hidetoshi   Hamada);   dan   Waste   Reduction   and   Recycling (Shinsuke   Takeuchi).

    Untuk  rekod,  Bukit  Fraser  dipilih  oleh  JICA  sebagai  kawasan  kajian  kerana  lokasinya   yang   agak   terpencil   dan   jauh   daripada   pekan   Kuala   Kubu   dan   bandar   Raub.  Dari  aspek  logistik,  ini  menyukarkan  kutipan  sisa  pepejal  dan  meningkatkan  kos  pengurusannya. Dengan  bilangan  penduduk  tetap  mencecah    1,000    orang    serta    kehadiran    pelancong  seramai  120,000  orang  setahun,  pengurusan  sisa  pepejalnya  dilihat  sangat  mencabar. Ini kerana, jarak tapak pelupusan yang   menerima   sisa   pepejal   dari   Bukit   Fraser   iaitu   di   Tapak   Pelupusan   Cheroh   terletak   lebih   kurang   60   kilometer   dan   terpaksa  melalui  jalan  yang  berbukit  bukau  serta    mengambil    masa    lebih    tiga    jam    perjalanan  pergi  dan  balik.  Kerana  itu  juga  kos  pengurusan  sisa  pepejal  di  Bukit Fraser  sahaja mencecah RM28,000 sebulan.

    Justeru,        bagi        meningkatkan        pengurusan   sisa   pepejal   di   Bukit   Fraser,   SWCorp  bersama  JICA  yang  diwakili  oleh  pakar-pakar  dari  Bandar Kitakyushu  serta    sokongan  padu    Kerajaan  Negeri  Pahang,  Majlis  Daerah  Raub  dan  Alam  Flora  Sdn.  Bhd.,     kami     telah     menjalankan     kajian     bersama     dengan     peruntukan     sebanyak    RM2    juta    daripada    pihak    JICA    untuk    melaksanakan   projek   ini.   Projek   ini   juga   mengambil inspirasi dari bandar Kitakyushu yang  menjalankan  pengurusan  sisa  pepejal  terbaik dan menghasilkan kadar kitar semula paling tinggi di seluruh Jepun.  Bagi  memastikan  pengurusan  sisa  pepejal  di  Bukit  Fraser  dijalankan  secara  bersepadu,  sisa  makanan  yang  dijana  dari  hotel-hotel  akan  diasingkan  dan  seterusnya  diproses menjadi bahan kompos yang boleh digunakan    untuk    memperbaiki    struktur    tanah  dan  boleh  menggantikan  baja  kimia.  Mesin  pengkomposan  sisa  makanan telah  dibekalkan    oleh    JICA    dengan    kapasiti    sebanyak 500 kilogram sehari.

    Sejak   program   pengasingan   sisa   pepejal  dan  pengkomposan  sisa  makanan  mula   dilaksanakan   pada   bulan   Disember   2015 yang lalu, sebanyak 15 tan sisa makanan berjaya dirawat yang menghasilkan sebanyak 500 kilogram baja kompos. Bagi bahan kitar semula  pula,  penduduk  akan  menjual  terus  bahan kitar semula yang telah dikumpulkan kepada  SWCorp  atau  syarikat  persendirian  bagi  mendapatkan  insentif  secara  terus.  Ini  secara  tidak  langsung  dapat  mengurangkan  bahan    kitar    semula    berakhir    di    tapak    pelupusan.  Selain pengkomposan sisa makanan dan pengasingan bahan kitar semula, kajian berkaitan   tapak  pelupusan   turut   menjadi   agenda  utama  projek  ini.  Tapak  Pelupusan  Cheroh di Raub yang masih aktif menerima sisa  pepejal  dari  Bukit  Fraser  dan  Tapak  Pelupusan  Jalan  Jeriau  yang  telah  ditutup  merupakan   lokasi   kajian   yang   dijalankan   oleh      JICA.   Kajian   akan   dijalankan   bagi   membuat  cadangan  untuk  memanjangkan  
    jangka    hayat    Tapak    Pelupusan    Cheroh    manakala Tapak Pelupusan Jalan Jeriau pula akan dikaji tahap pencemarannya.

 .