fb twitter insta instadivider1malaysia header
A A A

Inovasi

  • SWCorp terus ukir nama‚ĶEmpat anugerah inovasi beri motivasi tinggi

    Anugerah SWCorp 1

    KUALA LUMPUR - Empat pencapaian terbaik SWCorp yang diraih sepanjang tahun ini pastinya memberi impak positif kepada semua mereka yang terlibat khasnya dan warga kerja SWCorp sendiri secara amnya. Kejayaan yang diraih bukan sahaja di peringkat tempatan, malah SWCorp turut berjaya mengukir nama di peringkat antarabangsa. Anugerah Emas di peringkat antarabangsa menyaksikan kecemerlangan SWCorp apabila dipilih menerima Anugerah Emas sempena pertandingan International Conference on Quality Control Circle.Anugerah SWCorp 2

    Pertandingan yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini merupakan program tahunan yang dianjurkan secara giliran oleh 13 negara di Asia untuk mengiktiraf kumpulan-kumpulan yang telah berjaya melaksanakan projek penambahbaikan dan penciptaan nilai di organisasi masing-masing. Berlangsung pada 23 hingga
    26 Ogos lalu, SWCorp mempertaruhkan Projek MyAttendance dari kumpulan yang terdiri daripada enam warga kerja Ibu Pejabat SWCorp. Pada pertandingan ini, SWCorp mempertandingkan satu sistem yang dibangunkan untuk merekod sistem kehadiran seluruh warga kerja SWCorp menggunakan kaedah thumbprint yang diwujudkan bagi memudahkan Pengarah Bahagian atau Ketua Jabatan memantau rekod Anugerah SWCorp 3kehadiran warga kerja di bawah seliaan serta memudahkan warga kerja melihat rekod kehadiran masing-masing.

    Ini merupakan julung-julung kalinya pasukan inovasi SWCorp layak untuk bertanding di peringkat antarabangsa sejak tahun 2010. Penyertaan disertai lebih 100 kumpulan termasuk dari Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea dan lain-lain. Sebanyak 39 kumpulan dari Malaysia telah menyertai pertandingan ini membabitkan pelbagai agensi dari sektor Juri yang menilai pertandingan ini memberi komen bahawa wakil dari SWCorp telah memberikan persembahan yang baik dan ahli kumpulan telah membuat persediaan yang rapi.Platform kongsi kepakaran Bagi pertandingan Mini Konvensyen Team Excellence 2016,SWCorp juga turut menerima Anugerah
    Emas.

    Pertandingan yang juga dianjurkan oleh MPC ini merupakan platform untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang kualiti. Ia dapat membantu dalam menambahbaik teknik dan cara persembahan inovasi yang akan dinilai juri berpengalaman. Diadakan pada Ogos yang lalu, lokasi pertandingan dibahagi mengikut zon yang membabitkan zon utara diwakili oleh kumpulan Lang Merah dari SWCorp Negeri Kedah dengan projek tong sampah unik yang mempunyai imbasan membolehkan penutup tong sampah terbuka secara automatik apabila kita berhampiran dengannya. Bagi zon selatan diwakili oleh kumpulan Spartan dari SWCorp Negeri Melaka telah membangunkan sistem 3R yang mempertemukan penjual dan pembeli barangan kitar semula. Zon pantai timur diwakili oleh kumpulan T4R4 dari SWCorp Negeri Kelantan yang membangunkan inovasi tong sampah mesra pengguna sesuai digunakan semasa penganjuran sesebuah majlis.

    Manakala zon tengah diwakili oleh kumpulan CIS dari Ibu Pejabat SWCorp yang membangunkan sistem untuk memantau Sasaran Kerja Tahunan di peringkat SWCorp. Johan Konvensyen KIK. Selain mendapat Anugerah Emas, SWCorp juga dipilih sebagai Johan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Konvensyen anjuran Kementerian Asas Tani yang diadakan pada 9 September 2016 ini dibuat di Wisma Tani, Putrajaya. Pada konvensyen ini buat julung kalinya SWCorp telah dijemput untuk bersama-sama dengan MARDI bagi menubuhkan kumpulan KIK Hibrid untuk bertanding di Konvensyen KIK MOA. Kategori hibrid merujuk kepada gabungan dua agensi yang berbeza latar belakang tetapi mempunyai matlamat projek inovasi yang sama. Sebanyak 20 kumpulan dari pelbagai agensi di bawah MOA telah menyertai pertandingan ini.

    Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Teknologi, Ir. Zainuddin Abd Samad telah dilantik sebagai fasilitator bagi pihak SWCorp bersama-sama lima warga kerja SWCorp dan lima warga kerja MARDI bagi menjalankan inovasi bertajuk Pembaziran Makanan Yang Semakin Kritikal di Malaysia yang memfokuskan kepada pengusaha makanan. Menerusi kempen kepada pengusaha makanan ia diharap dapat mengurangkan sisa makanan dengan cara menyumbang makanan yang masih elok kepada mereka yang memerlukan manakala makanan yang sudah tidak boleh digunakan diproses menggunakan teknologi seperti anaerobic digestor yang menghasilkan gas atau bahan bakardan pengkomposan (menghasilkan baja kompos).Kumpulan ini menjadi Johan kategori hibrid yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 beserta sijil, piala dan seterusnya layak untuk ke peringkat kebangsaan (Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam – MPIPA).

    Manakala bagi Konvensyen KIK Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2016 pula, SWCorp menyertai tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pengurusan; kategori teknikal dan kategori hibrid. Bagi kategori pengurusan, tiga kumpulan daripada SWCorp menyertainya yang membabitkan Ibu Pejabat SWCorp (Kumpulan CREATIVE INNOVATION SOLUTION - CIS), SWCorp Negeri Sembilan (Kumpulan ONE 3RD CREW) dan SWCorp Negeri Johor (Kumpulan P.R.O). Manakala bagi kategori teknikal disertai oleh tujuh kumpulan dan SWCorp menghantar tiga kumpulan iaitu kumpulan LANG MERAH (SWCorp Negeri Kedah); kumpulan TEAM FOR RESPOND VER.5 (SWCorp Negeri Kelantan) dan kumpulan T-FORCE (SWCorp Negeri Terengganu). Bagi kategori hibrid pula SWCorp menghantar tiga kumpulan yang melibatkan, kumpulan MIT - MELAKA INNOVATION TEAM (SWCorp Negeri Melaka dan SWM Environment Sdn. Bhd.); kumpulan THE CENTERPIECE (SWCorp Perak dan I-Cycle Pangkor) dan kumpulan SW.ECO (SWCorp Perlis dan Environment Idaman Sdn. Bhd.).

    Untuk pertandingan ini SWCorp telah mendapat tempat ketiga dalam kategori pengurusan yang diwakili oleh kumpulan CIS dari Ibu Pejabat SWCorp dengan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan sijil. Bagi kategori teknikal, kumpulan T-FORCE dari SWCorp Terengganu mendapat tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan sijil dan kategori hibrid dimenangi kumpulan THE CENTERPIECES dari SWCorp Perak dan iCycle Pangkor mendapat tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, piala dan sijil.

 .